Khamis, 26 September 2013

3 cara cepat untuk mengenalpasti noun

Noun boleh berada di mana-mana saja dalam ayat Bahasa Inggeris. Berikut adalah tiga cara cepat untuk mengenalpasti noun:

1) Noun sering diakhiri dengan huruf-huruf berikut:
  • -ity: nationality (warganegara), probability (kemungkinan), ability (kemampuan).
  • -ness: sadness (kesedihan), happiness (kebahagiaan), peacefulness (keamanan).
  • -ment: appointment (temujanji), disappointment (kekecewaan), tournament (pertandingan).
  • -hood: manhood (kelelakian), childhood (masa kanak-kanak), brotherhood (persaudaraan).
  • -ation: duration (tempoh masa), relation (perhubungan), combination (pergabungan).
2) Noun sering didahului oleh adjective (kata sifat), contohnya:
  • tall tree (pokok tinggi)
  • black shoes (kasut hitam)
  • sad girl (kanak-kanak perempuan yang sedih)
  • cold drink (minuman sejuk)
  • easy question (soalan mudah)
  • peaceful morning (pagi yang aman)
3) Noun sering berfungsi sebagai subject atau object dalam ayat Bahasa Inggeris:
  • Teachers work hard. (noun sebagai subject) - Guru-guru berkerja keras.
  • Siti is crying. (noun sebagai subject) - Siti sedang menangis.
  • I like coffee. (noun sebagai object) - Saya suka kopi.
  • She wants milk. (noun sebagai object) - Dia inginkan susu.
  • Mother loves Jue. (noun sebagai subject dan object) - Ibu menyayangi Jue.
  • Teachers teach students. (noun sebagai subject dan object) - Guru-guru mengajar murid-murid.