Sabtu, 28 September 2013

Sudahkah anda memahaminya kaedah nominative dan accusative dalam Bahasa Inggeris?

Memahami kaedah nominative dan accusative dalam Bahasa Inggeris adalah penting terutamanya bagi penutur asli Bahasa Melayu. Kenapa? Sebab Bahasa Melayu tidak menggunakan kaedah nominative dan accusative. Lihat ayat-ayat berikut:
  1. Saya pukul Ahmad. - I beat Ahmad.
  2. Ahmad pukul saya. - Ahmad beat me.
Perhatikan bahawa dalam kedua-dua ayat, perkataan saya digunakan dalam Bahasa Melayu tetapi perkataan I dan me digunakan dalam Bahasa Inggeris. Kaedahnya adalah seperti berikut:
  • subject = nominative = I
  • object = accusative = me
Dalam ayat 1, I (bentuk nominative) digunakan sebab ia adalah subject. Dalam ayat 2, me (bentuk accusative) digunakan sebab ia adalah object. Lihat satu lagi contoh di bawah:
  1. Siapa pukul Ahmad? - Who beat Ahmad?
  2. Ahmad pukul siapa? - Ahmad beat whom?
Dalam kedua-dua ayat, perkataan siapa digunakan dalam Bahasa Melayu tetapi perkataan who dan whom digunakan dalam Bahasa Inggeris. Kaedahnya adalah seperti berikut:
  • subject = nominative = who
  • object = accusative = whom
Kesimpulan: Sedangkan penutur asli Bahasa Inggeris pun sering terkeliru apabila menggunakan kaedah nominative dan accusative, apa lagi kita. Maka berikanlah hak nominative dan accusative kepada perkataan-perkataan dengan betul apabila membina ayat Bahasa Inggeris.