Isnin, 9 September 2013

Walau bagaimana susah sekali pun, pelajarilah Bahasa Inggeris

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: However difficult it is, learn English language.


Perkataan Bahasa Inggeris however sebagai adverb

Berikut adalah maksud perkataan however sebagai adverb:
  1. walau bagaimanapun:
    1. Kami belum menang lagi; walau bagaimanapun, kami akan terus mencuba. - We haven't won yet; however, we shall keep trying.
    2. Bahagian pertama mudah; bahagian kedua, walau bagaimanapun, telah mengambil tiga jam untuk dihabiskan. - The first part was easy; the second, however, took three hours to finish.
  2. walau bagaimana _ sekali pun:
    1. Walau bagaimana susah sekali pun, kami tidak akan putus asa. - However difficult it is, we won't give up.
    2. Walau bagaimana pahit sekali pun, saya akan menghadapinya. - However bitter it is, I shall confront it.
  3. dengan apa cara pun:
    1. Kami membenarkan anda menjelajah dengan apa cara pun anda inginkan. - We allow you to explore however you please.
    2. Pembekal akan menghantarkan barang-barang itu dengan apa cara pun kita inginkan. - The supplier will deliver the goods however we like.
  4. bagaimana:
    1. Bagaimana awak dapat melakukannya? - However did you do it?
    2. Bagaimana Suzzana dapat ke sana sebegitu cepat? - However did Suzzana get there so soon?

Perkataan Bahasa Inggeris however sebagai conjunction

Berikut adalah maksud perkataan however sebagai conjunction:
  1. sebagaimana:
    1. Berpakaianlah sebagaimana awak suka. - Dress however you like.
    2. Hiasilah kek itu sebagaimana anda inginkan. - Decorate the cake however you wish.
    3. Aturlah bilik awak sebagaimana awak suka. - Arrange your room however you like.

Cara menggunakan perkataan Bahasa Inggeris however dalam ayat

Di atas, diterangkan maksud-maksud perkataan however sebagai adverb dan conjunction. Di sini, diterangkan pula cara menggunakan perkataan however dalam ayat.

Jika ayat bermula dengan perkataan however, comma mesti diletakkan selepas perkataan however:
  1. I am late. However, I arrived first. - Saya lewat. Walau bagaimanapun, saya tiba dahulu.
Jika perkataan however berada di pertengahan ayat, comma mesti diletakkan sebelum dan selepas perkataan however:
  1. I am late. I, however, arrived first. - Saya lewat. Saya, walau bagaimanapun, tiba dahulu.
Semicolon boleh digunakan untuk menggantikan full stop di antara ayat:
  1. I am late; however, I arrived first. - Saya lewat; walau bagaimanapun, saya tiba dahulu.
  2. I am late; I, however, arrived first. - Saya lewat; saya, walau bagaimanapun, tiba dahulu.
Sejak kian lama terdapat sesetengah ahli linguistik Bahasa Inggeris antarabangsa yang berpendapat bahawa memulakan ayat dengan perkataan however adalah suatu kesalahan dari segi grammar (nahu). Walau bagaimanapun, kebanyakan ahli linguistik di masa kini menyatakan bahawa sebenarnya tidak menjadi kesalahan untuk memulakan ayat dengan perkataan however.