Isnin, 23 September 2013

Apakah dia adjective?

Adjective adalah kata sifat. Ini bererti bahawa perkataan adjective menggambarkan sifat. Sebagai contoh, dalam frasa cute cat (kucing comel), perkataan cute (comel) adalah adjective sebab ia menggambarkan sifat cat (kucing) yang comel. Dengan kata lain, cute (comel) adalah perkataan jenis adjective yang memberi keterangan kepada perkataan cat (kucing) iaitu perkataan jenis noun. Ya, dalam Bahasa Inggeris, adjective memberi keterangan mengenai noun.

Lihat contoh-contoh ayat Bahasa Inggeris di bawah. Perhatikan bahawa tidak kira di mana perkataan cute berada dalam ayat, cute adalah perkataan jenis adjective selagi ia memberi keterangan kepada noun (cat):
  1. A cute cat. - Seekor kucing comel.
  2. The cat is cute. - Kucing itu comel.
  3. Is that cat cute? - Adakah kucing itu comel?
  4. How cute can that cat be? - Secomel manakah kucing itu boleh jadi?
  5. Who cares how cute that cat is? - Siapakah yang memperdulikan betapa comel kucing itu?
  6. Wow, that cat is so cute! - Wah, kucing itu sungguh comel!
  7. Your cat is as cute as can be. - Kucing awak secomel yang ia boleh jadi. (..betul ke Teacher Zack terjemah ayat ni :)
  8. I hate that cat because it is cute! - Saya benci kucing itu sebab ia comel!
Ingat, adjective adalah jenis perkataan yang memberi keterangan mengenai noun.