Untuk membina ayat Bahasa Inggeris yang menunjukkan bagaimana sesuatu perbuatan dilakukan, anda hendaklah menggunakan
adverb (kata keterangan). Lihat ayat berikut:
- Zack is walking slowly. - Zack sedang berjalan perlahan.
Dalam ayat di atas,
slowly adalah perkataan jenis adverb yang memberi keterangan mengenai perkataan
walking iaitu
verb (kata kerja). Perhatikan bahawa adverb
slowly menjawab soalan, "How is Zack
walking? (Bagaimanakah Zack
berjalan?)".
Selain memberi keterangan mengenai verb, adverb boleh juga memberi keterangan mengenai adverb yang lain. Lihat ayat berikut:
- Zack is walking very slowly. - Zack sedang berjalan sungguh perlahan.
Dalam ayat di atas,
very adalah adverb yang memberi keterangan mengenai
slowly iaitu adverb yang lain. Perhatikan bahawa adverb
very menjawab soalan, "How
slowly is Zack walking? (Bagaimana
perlahankah Zack berjalan?)".
Lagi contoh-contoh ayat:
- I am doing it easily. - Saya melakukannya dengan mudah.
- I am doing it this easily. - Saya melakukannya semudah ini.
- How quickly did Saleha ran? - Selaju manakah Saleha telah berlari?
- Saleha ran too quickly. - Saleha telah berlari terlalu laju.
Kesimpulan: Adverb adalah jenis perkataan yang memberi keterangan kepada verb atau adverb yang lain. Gunakan adverb untuk menunjukkan bagaimana sesuatu perbuatan dilakukan.
Penerangan mengenai adverb terdapat juga dalam ebook
Sinaran Kata.