Selasa, 1 Oktober 2013

Cara membina ayat Bahasa Inggeris yang menunjukkan sesuatu kedudukan

Lihat ayat-ayat berikut:
  1. She walks from school. (Dia berjalan dari sekolah.) = kedudukan arah.
  2. Mom called at night. (Ibu menelefon pada waktu malam.) = kedudukan waktu.
  3. Siti sat beside me. (Siti duduk di sebelah saya.) = kedudukan tempat.
  4. We came by car. (Kami datang dengan kereta.) = kedudukan cara.
  5. Oil prices increase by 10%. (Harga minyak naik sebanyak 10%.) = kedudukan jumlah.
Dalam ayat-ayat di atas, perkataan-perkataan from, at, beside dan by adalah perkataan jenis preposition (kata depan). Preposition digunakan untuk menunjukkan kedudukan arah, waktu, tempat, cara atau jumlah. Kedudukan yang ditunjukkan oleh preposition ditentukan oleh object (noun atau pronoun) yang mengikuti preposition itu sendiri contohnya school, night, me, car dan 10%.

Perhatikan bahawa preposition menghubungkan objectnya kepada rangkai kata sebelumnya iaitu She walks, Mom called, Siti sat, We came atau Oil prices increase. Perhatikan juga bahawa seperti yang ditunjukkan dalam ayat 4 dan 5, preposition yang sama, contohnya by, boleh menunjukkan kedudukan yang berlainan, contohnya cara atau jumlah.

Kesimpulan: Gunakan preposition untuk membina ayat Bahasa Inggeris yang menunjukkan kedudukan arah, waktu, tempat, cara atau jumlah.