Jumaat, 10 Mei 2013

Yang manakah betul, -ful atau -fully?

Menambah suffix -ful di akhir sesetengah perkataan boleh menjadikan perkataan itu noun atau adjective. Walau bagaimanapun, kesilapan yang sering dilakukan adalah dengan menggunakan dua huruf -l, iaitu -full. Ini salah sebab hanya satu huruf -l sahaja yang diperlukan iaitu -ful, contohnya:

- careful, sinful, fruitful, dreadful, powerful, faithful, fearful, thoughtful.

Sebaliknya, menambah suffix -fully di akhir sesetengah perkataan boleh menjadikan perkataan itu adverb. Ingat, suffix ini mesti dieja dengan dua -l, iaitu -fully, contohnya:

- carefully, sinfully, fruitfully, dreadfully, powerfully, faithfully, fearfully, thoughtfully.