Rabu, 15 Mei 2013

Room to let for only RM250. Contact Zack at 012-2689245.

Room to let for only RM250. Contact Zack at 012-2689245. - Bilik untuk disewa untuk hanya RM250. Hubungi Zack di 012-2689245.

Perkataan let sebagai verb
Sebagai verb, perkataan let adalah jenis irregular verb yang mempunyai empat bentuk iaitu to let, let, letting, lets. Perhatikan maksud-maksud perkataan let dalam ayat-ayat berikut:
  1. Can't you let Saleha go? - Tidak bolehkah awak melepaskan Saleha? (Susah la, Linda...)
  2. OK then, let us go and talk to Saleha. - Baiklah, mari kita pergi bercakap dengan Saleha. (Tak boleh la Linda, nanti awak bergaduh dengan Saleha lagi...)
  3. Isn't Saleha going to London soon? Let her go then. - Bukankah Saleha akan pergi ke London tak lama lagi? Biarkan saja dia pergi. (Awak tak faham la, ini takde kena mengena dengan London...)
  4. Enough with this nonsense; I'm going out to look for a room to let. - Cukuplah dengan karut ini; saya nak keluar mencari bilik untuk disewa. (Jangan la Linda; awak tinggal je di sini...)
  5. Don't touch me; let me go! - Jangan sentuh saya; lepaskan saya! (Sori la Linda tak sengaja; saya nak ambil remote TV tadi...)
  6. I'm not letting you in! - Saya tidak akan membenarkan awak masuk. (Buka pintu la Linda, saya nak ambil kunci kereta ni...)
  7. I won't let you take the car keys because you will go and see Saleha. - Saya tidak akan membenarkan awak mengambil kunci kereta sebab awak akan pergi berjumpa dengan Saleha. (Takde la Linda, saya masih sayangkan awak...)
Keterangan terperinci mengenai jenis-jenis dan bentuk-bentuk verb terdapat dalam ebook Verb dan Tense.