Ahad, 12 Mei 2013

Bahasa adalah suatu seni, bukan sains

Apakah dia adjective? Adjective adalah jenis perkataan yang memberi keterangan kepada perkataan jenis noun atau pronoun. Dalam ayat di bawah, perkataan cute adalah adjective yang memberi keterangan kepada kitten, iaitu perkataan jenis noun.
  1. That is a cute kitten. Itu adalah kucing comel.
Perhatikan dalam ayat di atas bahawa adjective cute diikuti noun kitten. Kebanyakan buku teks Bahasa Inggeris mengatakan bahawa noun kitten boleh juga diikuti adjective cute seperti berikut:
  1. That kitten is cute. Kucing itu comel.
Walau bagaimana pun, di InfoInggeris, kita kata bahawa adjective cute dan noun kitten boleh berada di mana-mana dalam ayat, seperti contoh-contoh berikut:
  1. That is a cute, little kitten. - Itu adalah kucing kecil yang comel.
  2. This kitten is pretty cute. - Kucing ini comel juga.
  3. Did the cute but hungry kitten ran away? - Adakah kucing comel yang lapar itu telah lari?
  4. That kitten is not as cute anymore. - Kucing itu tidaklah secomel lagi.
  5. This kitten is as cute as ever. - Kucing ini adalah secomel seperti sediakala. (Betul ke terjemahan Teacher Zack ni :)
  6. Have you seen a kitten that is cute around here? - Adakah awak nampak seekor kucing yang comel di sini.
  7. Do you have a cute kitten? - Adakah awak seekor kucing yang comel?
  8. Cute, but the kitten is not mine. - Comel, tetapi kucing itu bukan kepunyaan saya.
  9. Is your kitten as cute as his? - Adakah kucing awak secomel kucing dia?
  10. Yes cute, I meant the kitten. - Ya comel, maksud saya kucing itu.
Mungkin terdapat ayat-ayat Teacher Zack di atas yang tidak sebegitu tepat dari segi kenahuan tetapi ayat-ayat di atas menunjukkan keadaan yang sebenar dalam dunia bahasa. Bagi Teacher Zack - language is an art, not a science - bahasa adalah suatu seni, bukan sains. Oleh itu, pelajarilah Bahasa Inggeris dengan minda yang terbuka iaitu tidak terlalu terikat kepada hanya berapa cara atau kaedah (methodology) sahaja.