Jumaat, 10 Mei 2013

He got married while you were on vacation in Uzbekistan

He got married while you were on vacation in Uzbekistan. - Dia telah berkahwin semasa awak sedang bercuti di Uzbekistan. (Biar aku mati je la camni :(

Perkataan while sebagai noun
  1. masa: 
    1. sekejap: The ambulance arrived a short while ago. - Ambulan tiba baru sekejap tadi.
    2. masa: You need to wait a long while for his return. - Awak perlu menunggu masa yang lama untuk kepulangannya.
Perkataan while sebagai conjunction
  1. sambil: I ate roti canai while waited. - Saya makan roti canai sambil menunggu.
  2. walaupun: While they are friends, they don't get along. - Walaupun mereka berkawan, mereka tidak sefahaman.
  3. sedangkan: I exercise while you grow fat. - Saya bersenam sedangkan awak menjadi gemuk.
  4. selagi: While the customer is here, I won't leave. - Selagi pelanggan itu berada di sini, saya tidak akan pergi.
  5. semasa: I prayed for you while you were away. - Saya mendoakan awak semasa awak tiada.
Perkataan while sebagai verb
Sebagai verb, perkataan while adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to while, while, whiled, whiling, whiles. Sebagai verb, perkataan while memberi maksud menghabiskan masa dengan cara yang baik:
  1. Let's while away the hours by walking along the beach. - Marilah menghabiskan masa dengan berjalan di tepi pantai.
  2. She whiles her time by trying new recipes. - Dia menghabiskan masanya dengan mencuba resepi baru.
Keterangan terperinci mengenai jenis-jenis dan bentuk-bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense.

Perkataan while dalam idiom
  1. all the while bermaksud seluruh masa: Didn't you know that I was here all the while. - Tidakkah awak mengetahui bahawa saya berada di sini seluruh masa.
  2. worth one's while bermaksud berbaloi: The new movie shown yesterday was not worth my while. - Wayang baru yang ditunjukkan semalam tidak berbaloi bagi saya.