Sabtu, 11 Mei 2013

My boyfriend has a plain face

My boyfriend has a plain face. - Teman lelaki saya mempunyai muka yang biasa. (bak kata orang, hensem pun tidak, tak hensem pun tidak :)

Perkataan plain sebagai adjective
Sebagai adjective, perkataan plain mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. plain - jelas
  2. plainer - lebih jelas
  3. plainest - paling jelas
Sebagai adjective, perkataan plain mengubah maksud perkataan jenis noun contohnya plain truth, plain water, plainer view, plainer idea, plainest wall, plainest dress, atau sebagainya.

Maksud-maksud perkataan plain sebagai adjective adalah:
  1. jelas, terang, tidak terhalang: 
    1. I like the plain view of the river. - Saya suka pandangan sungai yang tidak terhalang itu.
    2. Please make your intention plain. - Sila buat niat awak terang.
    3. What he did is plain stupidity. - Apa yang dia telah lakukan adalah jelas suatu kebodohan.
  2. mudah, biasa, tidak bercorak: 
    1. That is a plainer curtain. - Itu adalah langisr yang lebih tidak bercorak.
    2. This is the plainest idea I have. - Inilah idea yang paling mudah saya ada.
    3. Uncle only drinks plain water. - Pakcik hanya minum air biasa.
    4. This is a plain fabric. - Ini adalah kain yang tidak bercorak.
  3. berterus-terang: That is a plain talk. - Itu adalah suatu percakapan yang berterus-terang.
Perkataan plain sebagai adverb
Sebagai adverb, perkataan plain mengubah perkataan jenis verb, atau lain-lain perkataan yang bukan noun, contohnya plain stubborn, plain stupid, atau sebagainya:
  1. She is just being plain stubborn. - Dia hanya menjadi jelas degil.
  2. Sorry, I was being plain stupid. - Maaf, saya telah menjadi jelas bodoh.
Perkataan plain sebagai noun
Sebagai noun, perkataan plain memberi maksud suatu kawasan dataran yang ketinggiannya hampir sama dengan ketinggian kawasan sekelilingnya iaitu perbezaan yang kurang daripada 150 meter tinggi.
  1. There is a plain behind those hills. - Terdapat dataran di belakang bukit-bukit itu.
  2. That plain is suitable for our housing project. - Kawasan dataran itu sesuai untuk projek perumahan kita.