Isnin, 13 Mei 2013

Can you keep a secret ✉?

Can you keep a secret? - Bolehkah awak menyimpan rahsia?

Perkataan keep sebagai verb
Sebagai verb, perkataan keep adalah jenis irregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to keep, keep, kept, keeping, keeps. Maksud-maksud perkataan keep adalah:
  1. simpan: He wants you to keep the pendant. - Dia menghendaki awak menyimpan loket itu. ;)
  2. jaga: Please keep the shop while I am away. - Harap jaga kedai semasa saya tiada.
  3. menyenggara: Do you keep a yearly diary? - Adakah awak menyenggara diari tahunan?
  4. tahan: That mischievous student was kept after school. - Murid yang nakal itu telah ditahan selepas sekolah.
  5. menjauhkan: Are you keeping the children away from me? - Adakah awak menjauhkan anak-anak daripada saya? (Nak kena dia ni..)
  6. mengelakkan: Scientists are trying to keep the ice from melting. - Ahli-ahli sains sedang cuba mengelakkan ais itu daripada cair. (Turun api daripada langit baru depa tau..)
  7. memegang: Please keep to your word this time. - Harap memegang janji awak kali ini. (Memang aku tak pernah percaya kat mamat ni pun ;)
  8. diam: The neighbours told me to keep quiet. - Jiran telah menyuruh saya diam. (Macamlah dia baik sangat..)
  9. teruskan: Don't stop, keep talking! - Jangan berhenti, teruskan bercakap! (Brader ni ingat aku ni burung kakak tua ke :(
  10. menahan diri: I can't keep from loving him. - Saya tidak dapat menahan diri daripada mencintai dia. (Tu la, berkawan lagi dengan orang tua berjanggut..)
  11. mengulangi: She keeps calling me Sir Zack. - Dia mengulangi memanggil saya Sir Zack. (Takpelah, asalkan dia hepi..)