Khamis, 9 Mei 2013

Nak guna yang mana, can atau may?

Ayat manakah yang betul:
  1. Can I ask you a question? - Bolehkah saya bertanyakan awak suatu soalan?
  2. May I ask you a question? - Bolehkah saya bertanyakan awak suatu soalan?
Sebenarnya, kedua-dua ayat adalah betul cuma ayat 2 dikira lebih sopan daripada ayat 1.

Sebagai petua, gunakan may untuk meminta izin atau meminta sesuatu:
  1. May I call you? - Bolehkah saya menelefon awak?
  2. May I have this dance? - Bolehkah saya diberikan tarian ini?
  3. May I help you? - Bolehkah saya membantu awak?

Sebaliknya, gunakan can untuk bertanyakan kebolehan atau keupayaan, contohnya:
  1. Can you swim? - Bolehkah awak berenang?
  2. Can he speak English? - Bolehkah dia bercakap Inggeris?
  3. Can you understand this? - Bolehkah awak memahami ini?