Khamis, 14 Februari 2013

Ku pandang kiri, ku pandang kanan, dikau tiada

I look to the left, I look to the right, you're not there. Ku pandang kiri, ku pandang kanan, dikau tiada. Berikut adalah penggunaan perkataan look:

Perkataan look sebagai verb
Look adalah perkataan jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to look, look, looked, lookinglooks. Berikut adalah maksud-maksud perkataan look sebagai verb.
  1. melihat: I think of you each time I look at the moon. Saya memikirkan awak setiap kali saya melihat bulan.
  2. merenung: He looks at me as though I did something wrong. Dia merenungi saya seolah-olah saya telah membuat suatu kesalahan.
  3. memandang: She looked at me and I looked at her. Dia memandang saya dan saya memandang dia.
  4. mencari: I looked for my keys all day but couldn't find it. Saya telah mencari kunci saya seluruh hari tetapi tidak menemuinya.
  5. kelihatan: He doesn't look his age. Dia tidak kelihatan umurnya.
Perkataan look sebagai noun
  1. pandangan: I took just one look and I know he is the one. Saya mengambil hanya satu pandangan dan saya tahu dialah orangnya.
  2. wajah: That's a sad look. Itu suatu wajah yang sedih.
  3. penampilan: The prefered look is kebaya. Penampilan yang lebih disukai adalah kebaya.
  4. mirip: That young man has a Michael Jackson look. Orang muda itu mempunyai mirip Michael Jackson.
Perkataan look di dalam phrasal verb
  1. look after bermaksud menjaga: The baby-sitter came to look after my niece. Penjaga budak telah datang untuk menjaga anak saudara perempuan saya.
  2. look for bermaksud mencari: What are you looking for? Apakah yang awak sedang mencari?
  3. look into bermaksud menyiasat, meyelidik: The police is looking into the disturbance. Polis sedang menyiasat gangguan itu.
  4. look out bermaksud berhati-hati: If you don't look out, you might fall. Jika awak tidak berhati-hati, awak akan jatuh.
Perkataan look di dalam idiom
  1. look alive bermaksud berceria: Look alive! We leave in 10 minutes. Bercerialah! Kita pergi dalam 10 minit.
  2. look down on atau look down upon bermaksud menghina, memandang rendah: Don't look down upon poor people. Jangan memandang rendah terhadap orang-orang miskin.
  3. look forward to bermaksud tidak sabar-sabar, mengharap: I look forward to the weekend. Saya tak sabar-sabar menunggu cuti hujung minggu.
  4. look up to bermaksud mengagumi, memandang tinggi: She looks up to her mother. Dia mengagumi ibunya.