Khamis, 7 Februari 2013

They Like InfoInggeris at Facebook

They Like InfoInggeris at Facebook. Mereka Like InfoInggeris di Facebook.

Perkataan like sebagai verb
Like adalah perkataan jenis regular verb yang mempunyai 5 bentuk iaitu to like, like, liked, liking, likes. Berikut adalah maksud-maksud perkataan like:
  1. suka: 
    1. I like you so much. Saya menyukai awak amat sangat.
    2. She liked me before but not now. Dia pernah menyukai saya dulu tapi bukan sekarang.
    3. You can't force him to like you. Awak tidak boleh memaksa dia untuk menyukai awak.
  2. ingin, mahu, hendak: 
    1. Would you like some coffee? Mahukah awak sedikit kopi?
    2. Yes, I would like some coffee. Ya, saya inginkan sedikit kopi.
Perkataan like sebagai preposition
  1. seperti: Why are you behaving like that? Kenapa awak berkelakuan seperti itu?
  2. seolah-olah: At times I feel like running away. Adakala saya rasa seolah-olah hendak lari. (Bersabar je lah, kesian kat anak-anak tu.)
Perkataan like sebagai adverb
  1. seolah-olah, macam: Why are you working like crazy? Kenapa awak bekerja macam gila?
  2. seakan-akan: Her age is more like 20 than 32 years old. Umurnya adalah seakan-akan 20 daripada 32 tahun.
Perkataan like sebagai conjunction
  1. seolah-olah: The boy acted like he was brave. Budak lelaki itu berlagak seolah-olah dia berani.
  2. seperti: The accident happened like you said so. Kemalangan itu berlaku seperti yang awak katakan.
Perkataan like sebagai noun
  1. dan sebagainya: Please bring along soaps, toothbrushes, towels, and the like. Sila bawa bersama sabun, berus gigi, tuala, dan sebagainya.
  2. suka: My like is his like. Suka saya adalah suka dia.