Jumaat, 22 Februari 2013

Give me all your money

Give me all your money. Beri saya semua duit awak. Berikut adalah penggunaan perkataan give:

Perkataan give sebagai verb
Give adalah perkataan jenis irregular verb yang mempunyai enam bentuk iaitu to give, give, gave, given, giving, gives. Berikut adalah maksud-maksud perkataan give sebagai verb:
  1. memberi: 
    1. It feels good to give a birthday present to someone. Rasa beruntung untuk memberi hadiah kepada seseorang.
    2. I gave him a chance but he still didn't change. Saya telah memberinya peluang tetapi dia masih tidak berubah.
    3. Mom gives me advice very often about cooking delicious meals. Ibu kerap memberi saya nasihat mengenai memasak makanan yang sedap.
    4. I am giving him a month to pay me. Saya memberinya sebulan untuk membayar saya.
  2. berikan: Give me that book. Berikan kepada saya buku itu.
  3. diberikan: The offer letter was given to him last week. Surat tawaran telah diberikan kepadanya minggu lepas.
  4. mempersembahkan: Ladies and gentlemen, I give you, Elvis Presley! Tuan-tuan dan puan-puan, mempersembahkan, Elvis Presley!
  5. melahirkan: She gave him a beautiful baby girl. Dia telah melahirkan untuknya anak perempuan yang cantik.
Perkataan give di dalam phrasal verb
  1. give away memberi maksud memberi sebagai hadiah, bersedekah: 
    1. Mom will be giving her wedding ring to me. Ibu akan menghadiahkan cincin perkahwinannya kepada saya.
    2. He gave away all his money to charity. Dia telah memberi semua duitnya sebagai derma.
  2. give birth to bermaksud melahirkan: Jumbo, the elephant, gave birth to a male baby elephant. Jumbo, seekor gajah, telah melahirkan seekor anak gajah jantan.