Isnin, 18 Februari 2013

Man hopes for peace but causes war

Man hopes for peace but causes war. Manusia meinginkan keamanan tetapi menyebabkan peperangan. Berikut adalah penggunaan perkataan man:

Perkataan man sebagai noun
Plural untuk perkataan man adalah men. Berikut adalah maksud-maksud perkataan man sebagai noun:
  1. lelaki: Teacher Zack is a man. Teacher Zack adalah seorang lelaki(Takde ler hensem sangat)
  2. manusia: Man hopes for peace but causes war. Manusia meinginkan keamanan tetapi menyebabkan peperangan.
  3. orang, seseorang: Don't judge a man too easily. Jangan terlalu mudah menghakimi seseorang.
  4. suami: The man at home is always complaining about my cooking. Suami saya di rumah selalu bersungut mengenai maksakan saya.
  5. kekasih (lelaki): She's happy because her man loves her. Dia gembira kerana kekasihnya mencintainya.
  6. pengikut, orang bawahan: They are the king's men. Mereka adalah pengikut-pengikut raja itu.
  7. wakil: Our man in Tokyo will call you tomorrow. Wakil kami di Tokyo akan menelefon awak esok.
  8. ciri atau sifat lelaki: The army will make a man out of you. Angkatan tentera akan menjadikan anda seorang lelaki.
  9. slang. orang kanan: You are my main man. Awak adalah orang kanan saya.
  10. jenis lelaki: I am a classical man, I don't like rock music. Saya seorang jenis klasikal, saya tidak suka muzik rock.
  11. slang. memanggil seseorang: Cool it, man. Bertenang, awak.
Perkataan man sebagai verb
Man adalah perkataan jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to man, man, manned, manning, mans. Berikut adalah maksud-maksud perkataan man sebagai verb:
  1. mengendalikan, memandu : 
    1. I need you to man this gun. Saya memerlukan awak untuk mengendalikan senjata ini.
    2. Manning this machine is no easy task. Mengendalikan mesin ini bukan suatu tugas yang senang.
    3. That young boy mans the tractor on his own. Budak muda itu telah mengendalikan traktor itu bersendirian.
    4. Do you know how to man this forklift? Tahukah anda cara mengendalikan forklift ini?
  2. mengawal: The soldiers manned that tower before being attacked. Askar-askar itu telah berkawal di menara itu sebelum diserang.
Maklumat terperinci mengenai jenis dan bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense.