Selasa, 12 Februari 2013

I want you in my life

want you in my life. Saya inginkan awak dalam hidup saya. Berikut adalah penggunaan perkataan want:

Perkataan want sebagai verb
Want adalah perkataan jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to want, want, wanted, wanting, wants. Berikut ada adalah maksud-maksud perkataan want.
  1. ingin, mengingini, menginginkan: 
    1. My little brother wants milk. Adik lelaki saya inginkan susu.
    2. To want a thing like that is not a good idea. Menginginkan sesuatu seperti itu bukan suatu idea yang baik.
    3. He is wanting to call her but he is too shy. Dia mengingini untuk menelefonnya tetapi dia terlalu malu.
  2. hendak, dikehendaki, menghendaki: 
    1. That man is a thief and he is wanted by the police. Lelaki itu seorang pencuri dan dia dikehendaki oleh polis.
    2. Visit her weekly if you want. Ziarahilah dia setiap minggu jika awak menghendaki.
  3. menyukai: 
    1. Say what you want. Katakan apa yang awak suka.
    2. Take me where you want. Bawalah saya ke mana saja awak suka.
    3. Let him do what he wants. Biarkan dia membuat apa yang dia suka.
  4. patut: 
    1. You want to be careful crossing that road. Awak patut berjaga-jaga melintasi jalanraya itu.
    2. You don't want to walk alone in that alley at night. Awak tidak patut berjalan seorang diri di lorong itu pada waktu malam.
Keterangan terperinci mengenai jenis-jenis verb dan bentuk-bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense.

Perkataan want sebagai noun
  1. keinginan, keperluan, penderitaan, kesusahan:
    1. His wants are few. Keinginannya hanyalah sedikit.
    2. People cry for want of love. Manusia menangis kerana keinginan kasih sayang.
    3. To be in want of a home is a sad thing. Untuk berada dalam keperluan tempat tinggal adalah suatu perasaan yang menyedihkan.
    4. To be in want of care is hurting. Untuk berada dalam keperluan kasih sayang adalah memilukan.
    5. Because of the war, Syria has become a country where want is unknown. Disebabkan oleh peperangan, Syria telah menjadi sebuah negara yang penderitaannya tidak diketahui.