Sabtu, 23 Februari 2013

Get well soon

Get well soon. Semoga cepat sembuh. Berikut adalah penggunaan perkataan well:

Perkataan well sebagai adverb
Sebagai adverb perkataan well mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. well baik
  2. better lebih baik
  3. best terbaik
Contoh-contoh ayat adalah:
  1. I play the piano well. Saya bermain piano dengan baik.
  2. He plays the piano better. Dia bermain piano dengan lebih baik.
  3. You play the piano best. Awak bermain piano terbaik.
Berikut adalah pengunaan perkataan well sebagai adverb:
  1. baik: 
    1. The party went very well. Majlis itu berlangsung dengan sungguh baik.
    2. Listen well to her singing. Dengarilah dengan baik nyanyiannya.
  2. selesa: The people of that town live well. Penduduk-penduduk bandar itu hidup dengan selesa.
  3. sepatutnya: She can't very well say that to us. Dia tidak sepatutnya berkata begitu kepada kita.
  4. berkenalan rapat: I know the mayor very well. Saya mengenali datuk bandar dengan baik.
Perkataan well sebagai noun
Sebagai noun perkataan well memberi maksud lubang yang dalam, perigi, lubang minyak (oil well), dan sebagainya:
  1. That well is three metres deep. Perigi itu tiga meter dalam.
  2. The water in that well dried up since last week. Air di dalam perigi itu telah kering sejak minggu lepas.