Isnin, 4 Februari 2013

Amboi, banyaknya maksud perkataan 'see'

See adalah perkataan jenis irregular verb. Bentuk-bentuk perkataan see adalah to see, see, saw, seen, seeing, sees. Berikut adalah penggunaan dan maksud-maksud perkataan see:
  1. melihat: Can you see me? Bolehkah awak melihat saya?
  2. memahami: I believe the professor sees your point. Saya percaya profesor itu memahami pandangan awak.
  3. membayangkan: I could still see you when you were a child. Saya masih dapat membayangkan awak semasa awak kanak-kanak dahulu.
  4. menganggap: Are you seeing Teacher Zack as a teacher? Adakah anda menganggap Teacher Zack sebagai seorang guru?
  5. meramal: Before he died, he saw great things for this chlid. Sebelum dia meninggal dunia, dia telah meramalkan perkara-perkara yang hebat untuk kanak-kanak ini.
  6. merujuk: Please see page one of the preface. Sila rujuk kepada halaman satu pada pendahuluannya.
  7. bertemu: I saw my aunts at the airport. Saya bertemu dengan makcik-makcik saya di lapangan terbang.
  8. menjumpai, berjumpa:
    1. The doctor has been seeing the same woman for nine years. Doktor itu telah menjumpai wanita yang sama selama sembilan tahun.
    2. berjumpa: The dentist will see you now. Doktor pergigian akan berjumpa dengan anda sekarang.
  9. menonton: Have you seen the new James Bond movie? Sudahkah awak menonton movie James Bond yang baru tu?
  10. menemani: I am seeing my daughter home. Saya sedang menemani anak perempuan saya ke rumah.
  11. memastikan: See that it gets done soonest possible. Pastikan ia dihabiskan secepat mungkin.
Perkataan see di dalam phrasal verb
  1. see after bermaksud menjaga: Please see after my cats while I am away. Harap menjaga kucing saya semasa saya tiada.
  2. see off bermaksud mengiringi pergi: My son went to the train station to see me off. Anak lelaki saya telah pergi ke stesen keretapi untuk mengiringi saya pergi.
  3. see out bermaksud mengiringi keluar: Please see Encik Khairuddin out. Sila iringi Encik Khairuddin keluar.
  4. see through bermaksud memberi sokongan: I will see you through until you finish college. Saya akan memberi awak sokongan sehingga awak habis kolej.
Perkataan see di dalam idiom
  1. see red bermaksud teramat marah: The History teacher saw red after finding out that her student stole her handbag. Guru Sejarah itu teramat marah setelah mendapat tahu muridnya telah mencuri beg tangannya.
  2. see you later bermaksud hingga berjumpa lagi: Teacher Zack have to go now, see you later :) Teacher Zack terpaksa pergi sekarang, hingga berjumpa lagi :)