Selasa, 19 Februari 2013

Find me in your heart

Find me in your heart. Carilah saya di dalam hati awak. Berikut adalah penggunaan perkataan find:

Perkataan find sebagai verb
Find adalah perkataan irrregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu to find, find, found, finding, finds. Berikut adalah maksud-maksud perkataan find sebagai verb:
  1. menjumpai, dijumpai: 
    1. She will win this competition if she finds the last clue. Dia akan memenangi pertandingan ini jika dia menjumpai maklumat terakhir itu.
    2. I can't find my green Baju Melayu. Saya tidak dapat menjumpai Baju Melayu hijau saya.
    3. The missing child was found in the swamp. Kanak-kanak yang hilang itu dijumpai di dalam paya.
  2. mencari, dicari: 
    1. Can someone help me find my missing child? Bolehkah seseorang menolong saya mencari anak saya yang telah kehilangan?
    2. True happiness can only be found in religion. Kebahagiaan yang sebenar hanya boleh dicari di dalam agama.
    3. Everyone wants to find happiness. Semua orang ingin mencari kebahagiaan.
  3. mendapati, didapati:
    1. I find this ebook interesting. Saya mendapati ebook ini menarik.
    2. My brother was found guilty in court. Abang saya didapati bersalah di dalam mahkamah.
    3. To find someone like him in the library is a little odd. Untuk mendapati seseorang seperti dia berada di dalam perpustakaan adalah sesuatu yang pelik.
Perkataan find sebagai phrasal verb
  1. find out bermaksud mendapat tahu, menemui: 
    1. She found out about her illness last week. Dia telah mendapat tahu mengenai penyakitnya minggu lepas.
    2. The police finally found out the gangsters hide-out. Pihak polis akhirnya telah menemui tempat persembunyian gengster-gengster itu.