Isnin, 7 Oktober 2013

Cara menggunakan phrase

Dalam Bahasa Inggeris, phrase (frasa) adalah rangkai kata yang tidak mengandungi subject dan predicate. (Rangkai kata yang mengandungi subject dan predicate dipanggil clause). Lihat rangkai kata di bawah:
  1. man the old - tua itu lelaki
  2. the old man - lelaki tua itu
Rangkai kata 1 di atas tidak boleh dipanggil phrase sebab ia tidak mempunyai maksud kenahuan iaitu ia tidak boleh difahami. Rangkai kata 2 boleh dipanggil phrase sebab ia mempunyai maksud kenahuan.

Phrase digunakan untuk menambah maklumat kepada ayat. Dalam ayat, phrase boleh berfungsi sebagai subject, object, verb, adjective atau adverb. Lihat ayat berikut:
  • My father has been giving the poor man in the street some money every week. - Ayah saya telah sediakala memberi lelaki miskin jalanan itu sedikit wang tiap-tiap minggu.
Berikut adalah frasa-frasa (phrase) yang terdapat dalam ayat di atas:
  • My father - noun phrase (subject)
  • has been giving - verb phrase
  • the poor man - noun phrase (indirect object)
  • in the street - adjectival phrase
  • some money - noun phrase (direct object)
  • every week - adverbial phrase
Kesimpulan: Gunakan phrase untuk menambah maklumat kepada ayat anda. Kemahiran dalam penggunaan phrase dapat membantu anda dalam pembinaan ayat yang bagus, perterjemahan ayat dan penganalisaan ayat yang efektif.

Penerangan terperinci mengenai phrase terdapat dalam ebook Jendela Frasa.