Rabu, 2 Oktober 2013

Cara mencantikkan ayat Bahasa Inggeris anda

Lihat ayat Bahasa Inggeris yang membosankan di bawah:
  • Zulaika walks toward her car. - Zulaika berjalan menuju ke keretanya.
Kini lihat ayat yang sama setelah ia dihiasi:
  • Beautiful Zulaika walks gorgeously toward her classy-red car. - Zulaika yang jelita berjalan secara molek menuju ke kereta merahnya yang ada kelas. 
Perkataan-perkataan beautiful, gorgeously dan classy-red dipanggil modifier. Modifier memberi maksud pengubah dan ia digunakan untuk mengubah (memperelokkan) maksud ayat.

Terdapat dua jenis modifier dalam Bahasa Inggeris iaitu adverb (atau frasa adverb) dan adjective (atau frasa adjective). Dalam ayat di atas, beautiful dan classy-red adalah adjective manakala gorgeously adalah adverb. Modifier adjective mengubah maksud noun (atau frasa noun) contohnya Zulaika atau car. Modifier adverb mengubah maksud verb, adjective atau adverb lain contohnya walks.

Lagi contoh ayat gubahan:
  • Sebelum dihiasi: The lion attacked the man. - Singa itu telah menyerang lelaki itu. 
  • Selepas dihiasi: The ferocious lion violently attacked the frightened man. - Singa ganas itu secara garang telah menyerang lelaki yang ketakutan itu.
    (ferocious, frightened = adjective, violently = adverb)
Kesimpulan: Jika anda ingin menarik perhatian pembaca atau pendengar, hiasilah ayat Bahasa Inggeris anda dengan modifiers (adverb atau adjective).

Penerangan mengenai adverb dan adjective terdapat juga dalam ebook Sinaran Kata.