Ahad, 6 Oktober 2013

Cara mengenalpasti object dalam ayat Bahasa Inggeris

Dalam ayat Bahasa Inggeris, verb sering diikuti oleh object yang menyempurnakan maksud verb itu. Sepertimana subject, object juga adalah perkataan (atau frasa) jenis noun atau pronoun. Terdapat dua jenis object iaitu direct object dan indirect object. Lihat ayat berikut:
  • Leiya gave her daughter a box of chocolate. - Leiya telah memberi anak perempuannya sekotak coklat.
Verb dalam ayat di atas adalah perkataan gave. Untuk mengenalpasti jika ayat di atas mengandungi direct object, anda perlu meletakkan whom (siapakah) atau what (apakah) di belakang verb, iaitu Gave whom? (Telah memberi siapa?) atau Gave what? (Telah memberi apa?). Jawapannya adalah direct object ayat itu, iaitu a box of chocolate.

Untuk mengenalpasti jika ayat di atas mengandungi indirect object, anda perlu meletakkan to whom (kepada siapa) atau to what (kepada apa) di belakang verb itu, iaitu Gave to whom? (Telah memberi kepada siapa?) atau Gave to what? (Telah memberi kepada apa?). Jawapannya adalah indirect object ayat itu, iaitu her daughter.

Perlu diingatkan di sini bahawa seringkali tidak terdapat direct object mahupun indirect object dalam ayat Bahasa Inggeris, contohnya:
  • Harun sat too near to the wall. - Harun telah duduk terlalu dekat ke dinding.
Kesimpulan: Kerapkali membezakan di antara direct object dan indirect object dalam ayat Bahasa Inggeris adalah mengelirukan dan anda perlu memikirkan maksud ayat secara keseluruhan.