Jumaat, 4 Oktober 2013

3 jenis conjunction yang anda patut tahu

1) COORDINATING CONJUNCTION menyambung bahagian-bahagian ayat yang kepentingannya setaraf. Terdapat 6 coordinating conjunction iaitu for, and, not, but, of, yet, so (ingat FANBOYS). Contoh ayat:
  1. Give me a pen and paper. - Berikan saya pen dan kertas.
  2. He wants coffee, but I prefer tea. - Dia inginkan kopi, tetapi saya lebih suka teh.
Perhatikan dalam ayat 2 bahawa but menyambung dua independent clause dan comma hendaklah diletakkan sebelum but.

2) SUBORDINATING CONJUNCTION menyambung bahagian-bahagian ayat yang kepentingannya tidak setaraf, iaitu subordinate (dependent) clause kepada main (independent) clause. Contoh-contoh subordinating conjunction adalah after, as, because, before, since, when, whether. Contoh ayat:
  1. I left after he came. - Saya pergi selepas dia datang.
  2. Before we slept, it started raining. - Sebelum kami tidur, ia telah mula hujan.
Perhatikan bahawa subordinating conjunction terkandung dalam subordinate clause. Perhatikan juga cara comma digunakan dalam ayat 2.

3) CORRELATIVE CONJUNCTION adalah conjunction yang berpasangan, contohnya both...and, either...or, neither...nor. Contoh ayat:
  • Please ask both Ali and Ramli to see me. - Sila suruh kedua-dua Ali dan Ramli berjumpa saya.
  • You can drive either my car or dad's car. - Awak boleh pandu sama ada kereta saya atau kereta ayah.
Kesimpulan: Gunakan conjunction untuk menyambung bahagian-bahagian ayat (perkataan, frasa atau clausa). Cara comma digunakan adalah penting dalam penggunaan conjunction.

Penerangan mengenai conjunction terdapat juga dalam ebook Sinaran Kata.