Khamis, 10 Oktober 2013

7 jenis noun yang anda patut ketahui

1) Proper noun merujuk kepada nama orang, tempat dan benda secara khusus. Ejaan proper noun mesti dimulakan dengan huruf besar, contohnya:
  • Encik Muzafar, Sales Manager, Muz Furniture Sdn Bhd, Kuala Lumpur, Monday, August, Proton Wira, Melacca.
2) Common noun merujuk kepada orang, tempat atau benda secara umum, contohnya:
  • worker, company, town, music, tennis, cupboard, wind.
3) Concrete noun merujuk kepada nama orang, tempat atau benda yang boleh dikesan melalui deria (rasa, bau, lihat, dengar, sentuh), contohnya:
  • man, soda, clerk, ticket, planet, mountain, plant.
4) Abstract noun merujuk kepada nama sesuatu perkara yang tidak boleh dikesan melalui deria, contohnya:
  • relaxation, trust, curiosity, dedication, childhood, bravery, justice, afterthought.
5) Countable noun merujuk kepada nama orang, tempat atau benda yang boleh dikira, contohnya:
  • table, books, weekend, town, chairs, branches, man, tooth.
6) Non-countable noun merujuk kepada nama perkara-perkara yang tidak boleh dikira dan tidak mempunyai bentuk plural (majmuk), contohnya:
  • oxygen, furniture, sugar, water, music, air, flour.
7) Collective noun merujuk kepada nama kumpulan orang, haiwan atau benda yang dianggap sebagai singular (tunggal), contohnya:
  • army, colony, flock, fleet, society, herd, audience, committee, public.
Kesimpulan: Perhatikan bahawa:
  • Proper noun (khusus) adalah berlawanan dengan common noun (umum).
  • Concrete noun (dikesan dengan deria) adalah berlawanan dengan abstract noun (tidak boleh dikesan dengan deria). 
  • Countable noun (boleh dikira) adalah berlawanan dengan non-countable noun (tidak boleh dikira).