Selasa, 27 Ogos 2013

Hanya di penghujung nyawa

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Only at the end of life.


Perkataan Bahasa Inggeris end sebagai noun

Plural (majmuk) untuk perkataan end adalah ends. Maksud end sebagai noun adalah:
  1. hujung:
    1. Sila pegang di hujung tali. - Please hold at the end of the rope.
    2. Rumah kami terletak di hujung barat bandar. - Our house is located at the west end of town.
  2. penghujung:
    1. Dia menunjukkan kebaikan hatinya tanpa penghujung. - He showed his kindness without end.
    2. Perjalanan kami telah sampai dipenghujungnya. - Our journey has come to an end.

Perkataan Bahasa Inggeris end sebagai verb

Sebagai verb, perkataan end adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to end (infinitive) - untuk mengakhiri
  2. end (base) - mengakhiri
  3. ended (past simple / past participle) - telah mengakhiri
  4. ending (present participle) - sedang mengakhiri
  5. ends (present simple) - (dia/ia) mengakhiri
Maksud end sebagai verb adalah:
  1. mengakhiri, berakhir, diakhiri:
    1. Marilah kita mengakhiri perbincangan ini. - Let's end this discussion.
    2. Apa yang dia lakukan telah mengakhiri perhubungan saya dengan dia. - What he did ended my relationship with him.
    3. Pertunjukan itu diakhiri dengan rangkap ini. - The performance ended with this passage.
    4. Lebuhraya ini berakhir di Kuala Lumpur. - This highway ends at Kuala Lumpur.
  2. membunuh:
    1. Sebutir peluru yang menembusi kepalanya telah membunuhnya. - A bullet through the head that ended him.

Perkataan Bahasa Inggeris end dalam idiom

  1. at loose ends bermaksud tanpa kesudahan:
    1. Dia menghabiskan dua tahun di Johor tanpa kesudahan. - He spent two years in Johor at loose ends.
  2. end for end bermaksud terbalik:
    1. Kotak-kotak itu telah dipusingkan terbalik. - The boxes were turned end for end.
  3. end to end bermaksud bersentuhan dihujung:
    1. Paip-paip itu diletakkan bersentuhan dihujungnya di atas lantai. - The pipes were placed end to end on the floor.
  4. in the end bermaksud akhirnya:
    1. Kami berkahwin akhirnya. - We got maried in the end.
Harap maklum bahawa "in the end" tidak disenaraikan sebagai idiom dalam sesetengah kamus idiom Bahasa Inggeris antarabangsa.