Selasa, 6 Ogos 2013

Kedua-dua mata buta akibat peluru sesat

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Both eyes blind resulted from stray bullet.


Perkataan Bahasa Inggeris both sebagai adverb

Contoh penggunaan perkataan both sebagai adverb adalah both..arrived, locked both, both..are broken, sent both, atau sebagainya. Maksud both sebagai adverb dalam Bahasa Inggeris adalah:
  1. kedua-dua:
    1. Kedua-dua tetamu tiba awal. - Both guests arrived early. 
    2. Saya telah mengunci kedua-dua pintu itu. - I locked both the doors. 
    3. Kedua-dua tangannya patah. - Both her arms are broken
    4. Saya telah menghantar kedua-dua surat itu. - I sent both the letters. 

Perkataan Bahasa Inggeris both sebagai pronoun

Contoh penggunaan perkataan both sebagai pronoun adalah both students, both are students, both of us, both of them, atau sebagainya. Maksud both sebagai pronoun adalah:
  1. kedua-kedua:
    1. Kedua-dua murid datang lewat. - Both students came late.
    2. Kedua-duanya adalah murid sekolah ini. - Both are students of this school.
    3. Kedua-dua kami ternampak hantu pocong. - Both of us saw hantu pocong. 
    4. Sila panggil kedua-dua mereka. - Please call both of them.

Perkataan Bahasa Inggeris both sebagai conjunction

Sebagai conjunction, perkataan both digunakan bersama perkataan and contohnya both Siti and Nur, both ready and willing, both men and women, atau sebagainya. Maksud both sebagai conjunction adalah:
  1. kedua-dua:
    1. Kedua-dua Siti dan Nur sukakan coklat. - Both Siti and Nur likes chocolate.
    2. Kami berdua sudah bersedia dan sanggup menolong. - We are both ready and willing to help.
    3. Kedua-dua lelaki dan perempuan telah menghadiri acara itu. - Both men and women attended the event.