Isnin, 12 Ogos 2013

Jenis sakit kepala yang berbahaya

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Types of dangerous headaches.



Perkataan Bahasa Inggeris head sebagai noun

Plural untuk perkataan head adalah heads. Contoh penggunaan head sebagai noun adalah a head, the head, that head, our heads, on my head, good head, atau sebagainya. Maksud head sebagai noun adalah:
  1. kepala: 
    1. Harga katering itu adalah RM10 satu kepala. - The catering price is RM10 a head.
    2. Seekor burung hantu boleh memusingkan kepalanya hampir satu pusingan penuh. - An owl can turn its head almost a full turn.
  2. kepintaran, pemahaman, kawalan:
    1. Adik perempuan saya mempunyai kepintaran dalam matematik. - My sister has a good head for mathematics.
    2. Azlan sentiasa mengawal dirinya dalam kecemasan. - Azlan always keeps a cool head in an emergency.
  3. ketua: 
    1. Encik Aziz adalah Ketua Koporasi itu. - Encik Aziz is the Head of the Corporation.
    2. Bolehkah saya bercakap dengan ketua bahagian? - May I speak to the head of department?

Perkataan Bahasa Inggeris head sebagai adjective

Contoh penggunaan perkataan head sebagai adjective adalah headache, headphone, head covering, head librarian, head official, atau sebagainya. Maksud head sebagai adjective adalah:
  1. kepala:
    1. Saya suka menggunakan fon kepala untuk mendengar muzik. - I like to use headphones to listen to music.
    2. Saya sedang mengalami sakit kepala. - I am having a headache.
  2. ketua:
    1. Puan Sarimah adalah ketua perpustakaan. - Puan Sarimah is the head librarian.
    2. Ketua pegawai akan tiba ke dewan sebentar lagi. - The head official will soon arrive at the hall.

Perkataan Bahasa Inggeris head sebagai verb

Sebagai verb, perkataan head adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to head - infinitive
  2. head - base
  3. headed - past simple / past participle
  4. heading - present participle
  5. heads present simple
Maksud head sebagai verb dalam Bahasa Inggeris adalah:
  1. mengetuai: 
    1. Saya mengetuai jawatankuasa itu. - I head the committee.
    2. Kumpulan pemberontak diketuai oleh Chief Murdock. - The rebel group is headed by Chief Murdock.
    3. Adakah awak akan mengetuai pasukan ini? - Will you be heading this team?
  2. mendahului:
    1. Ahmad sedang mendahului perlumbaan itu. - Ahmad is heading the race.
    2. Siti mendahului ujian itu dengan markah 99%. - Siti headed the examination with 99% marks.
  3. menuju:
    1. Kami sedang menuju ke lapangan terbang. - We are heading to the airport.
    2. Mari menuju ke pantai. - Let's head to the beach.
  4. menghalakan:
    1. Adakah awak sedang menghalakan saya ke arah yang betul? - Are you heading me in the right direction?
    2. Maaf, tetapi saya telah menghalakan awak ke arah yang salah. - Sorry, but I headed you the wrong way.