Sabtu, 24 Ogos 2013

Masalah kerap kencing

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: The problem of urinating often.


Perkataan Bahasa Inggeris often sebagai adverb
Sebagai adverb, perkataan often memberi keterangan kepada verb, adjective atau adverb yang lain, contohnya came often, dreams often, visits often, how often, too often, as often, more often atau sebagainya. Maksud often adalah kerap, sering atau selalu.

Bentuk perkataan Bahasa Inggeris often
Sebagai adverb, perkataan often mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. often - kerap
  2. oftener - lebih kerap
  3. oftenest - paling kerap
Contoh ayat:
  1. Siti kerap datang - Siti comes often.
  2. Nur datang lebih kerap daripada Siti. - Nur comes oftener than Siti.
  3. Azizah datang paling kerap. - Azizah comes the oftenest.
Cara penggunaan perkataan Bahasa Inggeris often
Perhatikan di bawah cara penggunaan perkataan often serta maksudnya:
  1. often - kerap:
    1. Saya kerap datang ke sini. - I come here often.
  2. quite often - agak kerap:
    1. Anak saya bermimpi ngeri agak kerap. - My daughter had nightmares quite often.
  3. very often - amat kerap:
    1. Jiran memotong rumput amat kerap. - The neighbour mows the lawn very often.
  4. too often - terlalu kerap:
    1. Junaidah menonton TV terlalu kerap. - Junaidah watches TV too often.
  5. every so often - dari semasa ke semasa:
    1. Dari semasa ke semasa Burhan melawati makciknya di London. - Every so often Burhan visits his auntie in London.
  6. how often - berapa kerap:
    1. Berapa kerapkah awak minum kopi? - How often do you drink coffee?
  7. once too often - terlalu kerap:
    1. Dia mengambil risiko terlalu kerap dan mengalami kemalangan. - He took the risk once too often and had an accident.
  8. as often as - sekerap:
    1. Saya minum air kosong sekerap mungkin. - I drink plain water as often as possible.
  9. as often as not - selalunya:
    1. Rozifah selalunya lewat ke pejabat. - As often as not, Rozifah is late for work.
  10. more often than not - lebih kerap daripada tidak:
    1. Tumbuhan ini akan hidup di musim sejuk lebih kerap daripada tidak. - This plant will live through winter more often than not.
Bentuk perkataan yang berkaitan dengan perkataan Bahasa Inggeris often
  1. oftenness (noun) bermaksud kekerapan:
    1. Kekerapannya datang ke sini membuat ibu tidak selesa. - Her oftenness in coming here makes mom uncomfortable.
    2. Kekerapan tabiat merokoknya telah menyebabkan penyakitnya. - The oftenness of his smoking habit has caused his ailment.