Rabu, 7 Ogos 2013

Sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Little by little, in time becomes a hill.


Perkataan Bahasa Inggeris little sebagai adjective

Sebagai adjective, perkataan little mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. little - sedikit
  2. littler, less atau lesser - lebih sedikit
  3. littlest atau least - paling sedikit
Contoh penggunaan perkataan little sebagai adjective adalah little brother, little time, lesser time, little money, least money, littlest kitten, little while, little hope, atau sebagainya. Maksud little sebagai adjective adalah:
  1. kecil: 
    1. Adik lelaki paling kecil saya adalah Ahmad. - My littlest brother is Ahmad.
  2. sedikit: 
    1. Saya ada hanya sedikit wang. - I only have little money.
  3. kurang: 
    1. Awak ada kurang masa daripada dia untuk menghabiskan permainan ini. - You have lesser time than him to finish this game.
  4. tipis: 
    1. Doktor telah berkata bahawa pesakit itu mempunyai harapan tipis untuk hidup. - The doctor said the patient has little hope to live.

Perkataan Bahasa Inggeris little sebagai adverb

Sebagai adverb, perkataan little mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. little - sedikit
  2. less atau lesser - lebih sedikit
  3. least - paling sedikit
Contoh penggunaan perkataan little sebagai adverb adalah walking little, walk lesser, little expected, least expected, little know, know less, little better, very little, atau sebagainya. Maksud little sebagai adverb adalah:
  1. kurang: 
    1. Kini pada umur 69 tahun, Pak Din kurang berjalan daripada dulu. - Now at 69 years old, Pak Din walks lesser than before.
    2. Saya mengetahui kurang daripada dia. - I know less than him.
  2. hampir tidak: 
    1. Saya hampir tidak menyangka bahawa Datuk Bandar akan datang. - I least expected the Mayor would come. 
  3. tidak mengetahui: 
    1. Dia tidak mengetahui apa yang mungkin boleh berlaku. - He little knows what might happen.
  4. sedikit: 
    1. Saya mengetahui amat sedikit mengenai Pengurus Pentabiran yang baru itu. - I know very little about the new Administration Manager.
    2. Mat adalah hanya sedikit lebih baik daripada saya dalam badminton. - Mat is just a little better than me in badminton.

Perkataan Bahasa Inggeris little sebagai noun

Contoh penggunaan perkataan little sebagai noun adalah a little, did little, know little, atau sebagainya. Maksud little sebagai noun dalam Bahasa Inggeris adalah:
  1. sedikit, hanya sedikit:
    1. Mmm, ais krim; bolehkah saya rasa sedikit? - Mmm, ice cream; can I taste a little?
    2. Hussin melakukan hanya sedikit untuk menolong saya. - Hussin did little to help me.
    3. Saya tahu hanya sedikit mengenainya. - I know only a little about her.
  2. sebentar:
    1. Kami telah menunggu sebentar. - We waited a little.