Rabu, 21 Ogos 2013

Panduan menduduki ujian SPM

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Guide to sit for SPM examination.


Perkataan Bahasa Inggeris sit sebagai verb

Sebagai verb, perkataan sit adalah jenis irregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to sit - infinitive
  2. sit - base
  3. sat - past simple / past participle
  4. sitting - present participle
  5. sits - present simple
Cara penggunaan perkataan sit sebagai verb adalah they wanted to sit, we sit, I sat, he was sitting, she sits atau sebagainya. Maksud sit sebagai verb adalah:
  1. duduk:
    1. Nur sedang duduk di atas kerusi itu. - Nur is sitting on that chair.
  2. mendudukkan:
    1. Siti mendudukkan diri di atas kudanya secara lemah lembut. - Siti sits her horse gracefully.
  3. diduduki:
    1. Meja makan malam kita hanya boleh diduduki enam orang. - Our dining-room table only sits six people.
  4. menduduki:
    1. Saya akan menduduki peperiksaan itu esok. - I will sit the examination tomorrow.
  5. terletak:
    1. Ia adalah sebuah rumah yang terletak di atas bukit. - It is a house that sits on a hill.
  6. membiarkan:
    1. Mereka membiarkan sahaja hal itu. - They let the matter sit.
  7. menjaga:
    1. Bolehkah awak menjaga anak-anak saya apabila saya keluar? - Can you sit my kids while I go out?

Perkataan Bahasa Inggeris sit dalam phrasal verb

  1. sit down - duduk:
    1. Sila duduk. - Please sit down.
  2. sit in - menghadiri, mengambil bahagian:
    1. Adakah awak telah menghadiri seminar itu? - Did you sit in that seminar?
  3. sit on - mendiamkan:
    1. Dia mendiamkan bukti itu. - She sat on the evidence.
  4. sit up - duduk tegak:
    1. Jangan bongkok! Duduk tegak! - Don't slouch! Sit up!

Perkataan Bahasa Inggeris sit dalam idiom

  1. sit tight - jangan kemana:
    1. Jangan kemana. Saya akan kembali semula. - Sit tight. I'll be right back.
  2. sit pretty - selesa:
    1. Dia selesa sejak dia telah mendapatkan pekerjaan baru itu. - He's been sitting pretty ever since he got that new job.

Perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang berkaitan dengan perkataan sit

  1. sit around (verb) - duduk disekililing:
    1. Kami duduk disekililing api. - We sat around the fire.
  2. sit back (verb) - duduk bersandar:
    1. Sila duduk bersandar dan bertenang. - Please sit back and relax.
  3. sit by (verb) - membiarkan:
    1. Jangan membiarkan sahaja sedangkan dia menyakiti awak. - Don't just sit by while he hurts you.