Khamis, 20 Oktober 2011

Sing

Maksud Dan Penggunaan Perkataan Sing
Anda boleh guna perkataan sing sebagai verb atau noun. Sing juga terdapat di dalam phrasal verb.

Bentuk Perkataan Sing

Salah satu perkataan yang popular untuk mempelajari bentuk verb di dalam Bahasa Inggeris adalah perkataan sing. Saya masih ingat semasa di sekolah dahulu cikgu suruh kami menghafal bentuk perkataan sing iaitu to sing, sing, sang, sung, singing dan sings secara berirama. Siapa yang tak hafal kena berdiri di atas kerusi membacanya sehingga hafal, nasib le...

Saya menyangka penghafalan bentuk verb cara berirama cuma dilakukan di Malaysia pada masa dahulu sahaja, rupa-rupanya di negara-negara barat pun begitu juga sehingga dimasa kini. Cuma saya tak pasti jika murid-murid yang tak hafal tu kena berdiri di atas kerusi atau tidak, hehe...

 Berikut adalah bentuk verb (verb form) untuk perkataan sing.
  • infinitive - to sing untuk bernyanyi

  • base (root) - sing nyanyi

  • past simple - sang telah bernyanyi

  • past participle - sung telah habis bernyanyi

  • present participle - singing sedang bernyanyi

  • present simple - sings bernyanyi
Keterangan terperinci mengenai bentuk verb terdapat di dalam ebook Verb dan Tense InfoInggeris.


Sing Sebagai Verb

Mengeluarkan kata-kata mengikut irama:

  • He came to sing. Dia telah datang untuk bernyanyi.

  • Siti sang that song very well. Siti telah bernyanyi dengan sungguh baik.

  • I have sung that song before. Saya pernah menyanyikan lagu itu dahulu.

Membuat bunyian yang berirama:

  • The birds are singing. Burung-burung itu sedang bernyanyi.

  • She knows how to make her violin singDia mengetahui cara membuat biolanya bernyanyi.

  • Whales produce sound as thought they are singing. Ikan-ikan paus mengeluarkan bunyi seolah-olah mereka sedang bernyanyi.

Membawa kepada sesuatu keadaan, contohnya tidur:

  • She sang the baby to sleep. Dia telah menyanyikan bayi itu sehingga bayi itu tidur.

  • Can I put this baby to sleep by singing? Bolehkah saya menidurkan bayi ini dengan bernyanyi?

  • The audience became astonish when Siti started to sing. Penonton terpegun apabila Siti mula bernyanyi.

Sing Sebagai Noun

Aksi bernyanyi atau nyanyian:

  • That is what I call good singing! Itulah yang dipanggil nyanyian yang bagus!

  • Her singing is melodious. Nyanyiannya sungguh merdu.

  • Is that a talk or a singing? Adakah itu satu ucapan atau nyanyian?

Kumpulan nyanyian:

  • Let's have a meeting for amateur singing. Marilah mengadakan mesyuarat untuk nyanyian amatur.

  • They gather for Negaraku singing. Mereka berkumpul untuk nyanyian Negaraku.

  • Is that a school choir singing? Adakah itu nyanyian koir sekolah?

Sing Sebagai Phrasal Verb

sing out - Memberi maksud memanggil dengan suara yang kuat:
  • We got lost and sang out for help! Kami sesat dan menjerit meminta pertolongan!

  • We didn't hear you, did you sing out loud enough? Kami tidak mendengar kamu, adakah kamu memanggil dengan sekuatnya?

  • Stop whispering, sing out! Jangan berbisik, panggil dengan sekuatnya!