Jumaat, 14 Oktober 2011

Can

Maksud Dan Penggunaan Perkataan Can

Kemampuan, kesanggupan atau kebolehan:

  • I can do this. Saya sanggup melakukan ini.

  • Can you walk a mile without resting? Mampukah awak berjalan sejauh sebatu tanpa berehat?

  • Puan Hasnah can teach English. Puan Hasnah berkebolehan mengajar Bahasa Inggeris.

  • I don't think they can win. Saya rasa mereka tidak mampu menang.

  • Can Ahmad drive?  Bolehkah Ahmad memandu?


Meminta sesuatu, meminta izin atau menyuruh:
  • Can I speak to you? Bolehkah saya bercakap dengan awak?

  • Can I come home late tonight? Bolehkah saya balik lambat malam ini?

  • Can you put me to sleep? Bolehkah awak menidurkan saya?

  • Can you please be quiet? Bolehkah awak diam?

  • Be quiet, can you? Diam, boleh tak?

  • Can you bring it to me? Bolehkah awak membawanya kepada saya?

  • Bring it to me, can you? Bawanya kepada saya, boleh tak?


Mengetahui cara atau berpengetahuan:
  • She can play badminton. Dia mengetahui cara bermain badminton.

  • Ahmad can repair the TV. Ahmad mengetahui cara memperbaiki TV itu.

  • The technician can install the komputer software. Juruteknik itu mengetahui cara memasang perisian komputer itu.


Berkuasa:
  • The king can punish his people at his will. Raja itu berkuasa menghukum rakyatnya menurut kehendaknya.

  • Only Allah s.w.t can take your life. Hanya Allah s.w.t berkuasa mengambil nyawa anda.

  • Only the President can give the command to fire a nuclear weapon. Hanya Presiden berkuasa memberi arahan untuk menembak senjata nuclear.


Hak:
  • Only teachers can change the questions. Hanya guru-guru berhak mengubah soalan-soalan itu.

  • You can claim ownership of this house. Awak berhak menuntut hak milik rumah ini.

  • Only Siti can call me 'father' because she is my daughter. Hanya Siti berhak memanggil saya 'ayah' kerana dia adalah anak saya.


Bekas:
  • Can of drink. Bekas (tin) minuman.

  • Trash can. Bekas tong sampah.

  • Petrol can. Bekas minyak petrol.

  • Can of paint. Bekas cat.


Makanan dalam tin - Perhatikan bentuk perkataan can yang digunakan iaitu can(ned):
  • Canned food are not tasty. Makanan dalam tin tidak sedap.

  • Do you like canned food? Awak sukakah makanan dalam tin?

  • Most canned food contain preservative. Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi bahan awet.