Jumaat, 12 Ogos 2011

Tips Menulis Esei Bahasa Inggeris

-I like to read, how about you? Saya suka membaca, anda bagaimana?

Sudahkah anda tahu menulis dalam Bahasa Inggeris? Syabas, tetapi sebelum memulakan penulisan anda jom baca tips menulis esei Bahasa Inggeris dahulu!

Fikirkan minat pembaca!

"Writing excites me! Penulisan merangsang saya!" Namun, siapa yang mengambil berat tentang apa yang merangsang saya? Sebagai pembaca, anda lebih berminat dengan apa yang merangsang anda! Jika ayat itu ditukar kepada "Writing is exciting! Penulisan adalah merangsangkan!" maka barulah anda mungkin akan teruja, bukankah begitu? Oleh itu, fikirkanlah minat pembaca dan bukan minat diri sendiri apabila menulis esei Bahasa Inggeris.

Nyatakan fakta yang terperinci!

"Once upon a time there was a beautiful princess. Pada suatu masa dahulu ada seorang puteri yang cantik." Anda boleh memulakan penulisan anda dengan ayat ini jika anda menulis cerita dongeng. Walau bagaimanapun, jika anda ingin menceritakan pengalaman anda semasa bercuti di utara Jepun, maka ada baiknya jika anda memulakannya begini, "On December 25, 2010 at 5:47 AM Malaysian time I was violently awaken by a powerful earthquake! Pada Disember 25, 2010 jam 5:47 pagi waktu Malaysia saya dikejutkan dengan ganas oleh gempa bumi yang kuat!" Ingat ye, tarikh dan waktu menambah nilai dalam penulisan anda. Begitu juga nama orang seperti Mrs. Vollundeer Alexandra dan nama tempat seperti Otowa-san Kiyomezu-dera. Oleh itu, gunakanlah fakta-fakta ini dengan bijak untuk menarik perhatian pembaca anda.

Tulis dengan tepat!

"Ahmad came on the month of May. Ahmad telah datang pada bulan Mei." adalah berbeza dengan, "Ahmad came in the month of May. Ahmad telah datang di dalam bulan Mei." Ayat pertama yang menggunakan perkataan on menggambarkan pada awal bulan Mei manakala ayat kedua yang menggunakan perkataan in menggambarkan di dalam tempoh bulan Mei.

Beri gambaran yang jelas!

"Immediately after the incident, he was able to walk. Sejurus selepas kejadian itu, dia dapat berjalan." Incident Kejadian apa? Bandingkan dengan ayat ini, "He immediately walked after a two-ton boulder fell on him! Dia terus berjalan setelah batu tongkol seberat dua tan jatuh di atasnya!" Ayat kedua memberi gambaran yang lebih jelas mengenai apa yang telah berlaku jika dibandingkan dengan ayat pertama. Seterusnya, gambaran kejadian di dalam ayat kedua akan terus terpaku di dalam minda pembaca esei Bahasa Inggeris anda.

Guna sinonim!

"He constructed an airplane at first, but later decided to construct a boat. Dia telah membentuk pesawat terbang pada mulanya, tetapi kemudiannya memutuskan untuk membentuk bot." Bandingkan dengan ayat ini, "He constructed an airplane at first, but later decided to build a boat. Dia telah membentuk pesawat terbang pada mulanya, tetapi kemudiannya memutuskan untuk membina bot." Bunyi ayat kedua adalah lebih merdu jika dibandingkan dengan bunyi ayat pertama kerana ayat kedua menggunakan perkataan construct dan build manakala ayat pertama hanya menggunakan perkataan construct dua kali. Oleh itu, guna sinonim untuk menambahkan kemerduan dalam penulisan Bahasa Inggeris anda.

Kekalkan kemuncak!

"After going through great difficulties, the flood finally subsided and we returned home safely. Suddenly, we heard a loud explosion and we were hit by a massive landslide! Setelah mengalami kesukaran yang teruk, banjir akhirnya reda dan kami kembali ke rumah dengan selamat. Tiba-tiba, terdengar bunyi letupan yang kuat dan kami telah dilanda tanah runtuh yang besar!" Mungkin contoh ini agak keterlaluan, tetapi mengekalkan kemuncak dalam penulisan anda mungkin dapat memaku perhatian pembaca anda kepada penulisan anda.

Berhati-hati apabila menulis!

"The thief punched Raju before he fainted. Pencuri itu telah menumbuk Raju sebelum dia pengsan." Siapa yang pengsan? Raju atau pencuri itu? Sebenarnya, saya pun tidak pasti. Apa pun, untuk mengelakkan kekeliruan ada baiknya jika ia ditulis begini, "Raju fainted after the thief punched him. Raju pengsan selepas pencuri itu menumbuknya." atau "The thief fainted after punching Raju. Pencuri itu pengsan selepas menumbuk Raju.".

-I like to write too, don't you? Saya suka menulis juga, tidakkah anda?