Sabtu, 27 Ogos 2011

Cara Penggunaan Comma

- One good way to learn is to teach. Salah satu cara baik untuk belajar adalah dengan mengajar.

Salah satu tanda bacaan yang sering mengelirukan walau penulis asli Bahasa Inggeris adalah comma koma.

Ini adalah kerana penggunaan comma mempunyai kaitan rapat dengan unsur-unsur struktur ayat Bahasa Inggeris seperti klausa, frasa dan sebagainya.

Kesilapan dalam penggunaan comma boleh menjejaskan struktur ayat Bahasa Inggeris sekaligus mengubah maksud ayat yang dihasratkan.

Oleh itu, saya rasa ada baiknya kita bentangkan sedikit sebanyak kemusykilan penggunaan comma di sini.

Comma Di dalam Senarai

Guna comma untuk memisahkan perkara-perkara di dalam senarai seperti berikut:

  1. I am eating bread, butter and jam. Saya sedang makan roti, mentega dan jam.
  2. I am eating bread, butter, and jam. Saya sedang makan roti, mentega, dan jam.

Walaupun cara meletakkan comma seperti yang ditunjukkan di dalam ayat 1 sudah menjadi lazim terdapat beberapa badan panduan menulis akademik, contohnya The Chicago Manual of Style, yang telah mewajibkan comma diletakkan sebelum perkataan and seperti yang ditunjukkan di dalam ayat 2.

Di Malaysia, kita biasa guna cara meletakkan comma seperti yang di dalam ayat 1, kan?

Anda tidak puas hati? Anda ingin tahu kenapa badan seperti The Chicago Manual of Style mewajibkan comma diletakkan sebelum perkataan and? Baiklah, kita bincang sedikit hal ini.

Apakah beza ayat-ayat berikut?

  1. Teacher scolded the boys, Hamzah, and Sin Yee.
  2. Teacher scolded the boys, Hamzah and Sin Yee.

Ayat 1 memberi maksud:

  • Cikgu telah memarahi murid-murid lelaki, Hamzah, dan Sin Yee.

Ayat 2 boleh memberi dua maksud iaitu:

  • Cikgu telah memarahi murid-murid lelaki, Hamzah, dan Sin Yee.
  • Cikgu telah memarahi murid-murid lelaki iaitu Hamzah dan Sin Yee.

Alhamdulillah, kini anda sudah tahu kenapa badan panduan menulis akademik telah mewajibkan comma diletakkan sebelum perkataan and iaitu untuk mengelakkan kekeliruan dalam penterjemahan maksud ayat.

Comma yang diletakkan sebelum perkataan and dipanggil serial comma koma bersiri.

Comma Memisahkan Klausa

Comma Antara Dependent Clause Dan Independent Clause

Comma sering digunakan untuk memisahkan dependent clause klausa pautan daripada independent clause klausa bebas jika dependent clause berada sebelum independent clause seperti berikut:

Independent clause: I went to the shop. Saya telah pergi ke kedai.

Dependent clause: after I had lunch. setelah saya makan tengahari.

  • Independent clause berada sebelum dependent clause (tidak memerlukan comma): I went to the shop after I had lunch. Saya telah pergi ke kedai setelah saya makan tengahari.

  • Dependent clause berada sebelum independent clause (comma diperlukan): After I had lunch, I went to the shop. Setelah saya makan tengahari, saya telah pergi ke kedai.


Comma Antara Dua Independent Clause Yang Disambung Dengan Coordinating Conjunction

Dua independent clause yang disambung dengan coordinating conjunction kata hubung setara seperti and dan, or atau, not tidak, but tetapi atau so maka sering juga dipisahkan dengan comma, contohnya:

Independent clause: I picked up the phone. Saya telah mengangkat ganggang telefon.

Independent clause: I called the doctor. Saya telah menelefon doktor.

Coordinating conjunction: and dan

    Setelah disambung menjadi:

    • I picked up the phone, and I called the doctor. Saya telah mengangkat ganggang telefon, dan saya telah menelefon doktor.

    Perhatikan bahawa comma mesti berada sebelum and dan bukan selepasnya.

    Mungkin anda tertanya sekarang, "Kalau tak letak comma di antara dua independent clause yang disambung dengan coordinating conjunction boleh ke?".

    Jawapannya ya, boleh. Oleh itu, ayat di atas menjadi:

    • I picked up the phone and I called the doctor. Saya telah mengangkat ganggang telefon dan saya telah menelefon doktor.

    Tidak menjadi kesalahan jika comma diletakkan atau tidak diletakkan diantara dua independent clause yang disambung dengan coordinating conjunction.

    Yang penting adalah jika comma diletakkan maka comma itu mesti berada sebelum coordinating conjunction dan bukan selepasnya.

    Awas! Jangan letak comma diantara dua independent clause yang tidak disambung dengan coordinating conjunction, contohnya:

    • I picked up the phone, I called the doctor. Saya telah mengangkat ganggang telefon, saya telah menelefon doktor. (Ayat ini salah)

    Jika perlu, letakkan semicolon koma bernoktah seperti berikut:

    • I picked up the phone; I called the doctor. Saya telah mengangkat ganggang telefon; saya telah menelefon doktor. (Ayat ini betul)

    Sebenarnya, salah satu peranan semicolon adalah untuk menggantikan coordinating conjunction.

    Comma Untuk Adverb

    Comma selalu digunakan bersama adverb kata keterangan yang tertentu contohnya therefore oleh yang demikian, moreover tambahan pula, furthermore lagipun dan however sungguhpun begitu, seperti berikut:

    • Therefore, the answer is two. Oleh yang demikian, jawapannya adalah dua.
    • Moreover, they are here. Tambahan pula, mereka berada di sini.

    Jika adverb berada di tengah ayat maka ia dikurungi oleh dua comma seperti berikut:

    • He is, however, still scared. Dia, sungguhpun begitu, masih ketakutan.
    • This is, therefore, not the answer. Ini, oleh yang demikian, bukan jawapannya.

    Terdapat juga beberapa adverb yang tertentu seperti then maka, so oleh itu dan yet tetapi yang boleh diiringi dengan comma walaupun penggunaan comma tidak diwajibkan. Oleh itu, kedua-dua ayat di bawah ini adalah betul.

    • Then, she came here. Maka, dia telah datang ke sini.
    • Then she came here. Maka dia telah datang ke sini.

      Comma Untuk Parenthetical Phrase

      Comma sering digunakan untuk memisahkan parenthetical phrase frasa parentesis.

      Apakah dia parenthetical phrase?

      Parenthetical phrase adalah frasa (atau perkataan) yang jika dikeluarkan dari ayat tidak akan menjejaskan maksud utama ayat itu, contohnya:

      • Wow, she's pretty! Amboi, dia cantik! - Parenthetical phrase: Wow Amboi

      • Her son, who is also a doctor, is my teacher. Anak lelakinya, yang juga seorang doktor, adalah guru saya. - Parenthetical phrase: who is also a doctor yang juga seorang doktor

      • My mother, if you don't mind me telling you this, ate the chocolate. Emak saya, jika anda tidak keberatan saya memberitahu anda ini, telah memakan coklat itu. - Parenthetical phrase: if you don't mind me telling you this jika anda tidak keberatan saya memberitahu anda ini

      • Why, I seek refuge from Allah, did you do this! Kenapa, saya berlindung dengan Allah, awak telah melakukan ini! - Parenthetical phrase: I seek refuge from Allah saya berlindung dengan Allah

      Kesimpulan

      Saya yakin jika penggunaan tanda-tanda bacaan seperti comma dipelajari secara terperinci ia dapat membantu untuk memahami dengan lebih mendalam lagi unsur-unsur yang terdapat di dalam struktur ayat Bahasa Inggeris seperti klausa, coordinating conjunction, parenthetical phrase dan sebagainya.

      Apa pun, jika anda ragu akan keperluannya untuk meletakkan comma di dalam sesuatu ayat maka ingatlah tip yang mudah ini - Adalah lebih selamat jika tidak meletakkan comma sekiranya dalam keraguan.

      Akhir kata, terdapat banyak lagi cara penggunaan comma. Jika saya ada tertinggal cara penggunaan comma yang anda ketahui maka harap tidak keberatan kongsi maklumat di sini ye.

      - Whatever you teach, be brief. Apa sahaja kamu mengajar, biarlah ringkas.