Isnin, 17 Oktober 2011

Will

Maksud Dan Penggunaan Perkataan Will
Perkataan will boleh digunakan sebagai verb kata kerja atau pun noun kata nama.

Will Sebagai Verb
Apabila will digunakan sebagai verb di dalam ayat, will akan sentiasa mengiringi verb yang lain. Di dalam contoh-contoh di bawah will ditunjukkan dengan huruf condong manakala verb yang lain ditunjukkan dengan huruf tebal:
  • I will walk. Saya akan berjalan.

  • Will you come? Adakah awak akan datang?

  • It will happen. Ia akan berlaku
    .
  • It will not work! Ia tidak akan berhasil!

Will dipanggil modal auxiliary verb manakala verb yang diiringinya dipanggil main verb. Keterangan terperinci mengenai auxiliary verb dan main verb boleh didapati di dalam ebook Verb dan Tense InfoInggeris.

Berikut adalah maksud-maksud untuk perkataan will serta penggunaannya sebagai modal auxiliary verb. Bolehkah anda nyatakan main verb yang diiringi oleh will di dalam setiap ayat?

Perbuatan atau keadaan dimasa depan:
  • I will call you later. Saya akan menelefon awak kemudian.

  • Will you call me later? Adakah awak akan menelefon saya kemudian?

  • He will not return tomorrow. Dia tidak akan kembali esok.


Menyatakan perkara yang tidak dapat dielakkan:
  • Accidents will happen. Kemalangan akan berlaku.

  • All living things will die. Semua kehidupan akan mati.

  • Will all living things die? Adakah semua kehidupan akan mati?


Meminta sesuatu:
  • Will you help me? Bolehkah awak menolong saya?

  • Will you stop here? Bolehkah awak berhenti di sini?

  • Will you marry me? Sudikah awak mengahwini saya?


Memberi kenyataan:
  • Oil will float on water. Minyak akan terapung di atas air.

  • Will oil float on water? Adakah minyak akan terapung di atas air?

  • The bottle will only hold 2 litres. Botol itu akan hanya mampu menampung 2 liter.


Menyatakan tabiat:
  • He will keep disturbing us. Dia akan terus mengganggu kami.

  • That man will continue smoking. Orang itu akan terus merokok.

  • Will that man continue smoking? Adakah dia akan terus merokok?


Will Sebagai Noun
Selain verb, perkataan will boleh juga digunakan sebagai noun di dalam ayat. Berikut adalah maksud dan penggunaan perkataan will sebagai noun:


Kebolehan minda untuk memilih atau azam yang kuat:
  • She still has the will to live. Dia masih mempunyai azam untuk hidup.

  • It is my will to fight them! Ia adalah keazaman saya untuk memerangi mereka!

  • He has no will to fight his drug addiction. Dia tidak mempunyai keazaman untuk menentang tabiat dadahnya.


Wasiat:
  • He wrote his will just 3 days before his death. Dia telah menulis surat wasiatnya hanya tiga hari sebelum kematiannya.

  • Have you written your will? Sudahkah awak menulis surat wasiat awak?

  • This will is not valid! Surat wasiat ini tidak sah!