Rabu, 10 November 2010

Apa Dia "Indefinite Article"?

-Have you had your meal? Anda sudah makan?

Hari ni kita cerita sikit pasal article kata sandang.

Dalam Bahasa Melayu terdapat banyak kata sandang contohnya sebuah, seutas, sehelai, segenggam dan sebungkus.

Dalam Bahasa Inggeris hanya ada tiga article iaitu a, an dan the.

Article a dan an dipanggil indefinite article kata sandang tidak pasti manakala article the dipanggil definite article kata sandang pasti.

Hari ini kita cerita pasal indefinite article kata sandang tak pasti.


Indefinite Article Kata Sandang Tak Pasti

Indefinite article merujuk kepada sesuatu yang belum diketahui oleh orang yang anda sedang menceritakan kepadanya, contohnya:

  • I ate a mango just now. Saya telah makan sebiji mangga tadi.
  • An eagle flew past me. Seekor burung helang terbang melintasi saya.

Jika anda meneliti ayat-ayat di atas anda akan lihat bahawa indefinite article di gunakan sebelum noun kata nama, contohnya mango mangga dan eagle burung helang.

Indefinite article juga digunakan sebelum adjective kata sifat yang berada di dalam noun phrase frasa kata nama contohnya:

  • An ugly man hit me. Seorang lelaki buruk telah memukul saya.
  • Ali drives a blue car. Ali memandu kereta biru.

Dalam contoh-contoh di atas, adjective ugly berada dalam frasa kata nama ugly man dan adjective blue berada dalam frasa kata nama blue car.

Cara Memastikan Penggunaan A atau An

Pada asasnya article a digunakan untuk perkataan yang bermula dengan huruf consonant konsonan (huruf mati) iaitu b, c, d, f, g, h, j, k, l, m, n, p, q, r, s, t, v, w, x, y or z.

Article an pula digunakan untuk perkataan yang bermula dengan huruf vowel vokal iaitu a, e, i, o, u. Lihat contoh-contoh berikut:

  • An army. Seangkatan tentera.
  • A pencil. Sebatang pensil.
  • A land. Sebidang tanah.
  • An umbrella. Sekaki payung.
  • An owl. Seekor burung hantu.

Seperti yang diterangkan di atas, pada asasnya cara untuk memastikan penggunaan article a atau an kelihatan mudah.

Walau bagaimana pun ia tidaklah semudah itu sehinggakan orang mat salleh sendiri pun ada yang keliru.

Sebagai contoh, untuk perkataan university universiti kita guna a atau an?

Jawapannya: Walaupun perkataan university bermula dengan u iaitu huruf vowel, article yang betul untuk digunakan adalah a dan bukan an.

Kenapa? Sebab bunyi sebutannya adalah yuniversity dan bukan university.

Oleh itu, perkataan university dianggap bermula dengan huruf y iaitu consonant.

Kita ambil satu lagi contoh iaitu perkataan hour sejam.

Perkataan hour bermula dengan huruf h iaitu consonant tetapi bunyi sebutannya adalah seperti our yang bermula dengan huruf o iaitu vowel.

Oleh itu article yang betul untuk digunakan sebelum perkataan hour adalah an dan bukan a.

Kesimpulannya, article a bukan sahaja digunakan untuk perkataan yang bermula dengan huruf consonant tetapi ia juga digunakan untuk perkataan yang bunyi sebutannya seolah-olahnya bermula dengan huruf consonant.

Begitu juga article an yang bukan sahaja digunakan untuk perkataan yang bermula dengan huruf vowel tetapi ia juga digunakan untuk perkataan yang bunyi sebutannya seolah-olahnya bermula dengan huruf vowel.

Apa pun, pelajaran bunyi sebutan dipanggil phonetic fonetik. Lihat contoh-contoh berikut:

Perkataan Salah (ikut huruf pertama) Betul (ikut fonetik)
university universiti
hour sejam
uniform pakaian seragam
ewe biri betina
heir waris
an university
a hour
an uniform
an ewe
a heir
a yuniversity
an our
a yuniform
a yu
an air

-Is today's lesson difficult? Susah ke pelajaran hari ini?