Jumaat, 8 Oktober 2010

Berbuallah Dengan Bijak (sambungan)

Seperti yang telah saya katakan dalam post sebelum ini, marilah kita teruskan perbincangan mengenai perkara-perkara yang lazim dalam perbualan di sini.

Number Bilangan
The student is crying while the other students are laughing. Murid itu sedang menangis manakala murid-murid lain sedang ketawa.
Dalam tatabahasa Inggeris bilangan dipanggil Number.

Terdapat dua jenis Number iaitu:

  1. Singular Tunggal: Menggambarkan bilangan satu. Merujuk kepada ayat di atas, perkataan student murid adalah Singular.

  2. Plural Majmuk: Menggambarkan bilangan banyak. Merujuk kepada ayat di atas, perkataan students murid-murid adalah Plural.

Sentence Element Unsur Ayat
He punches Ruslan. Dia menumbuk Ruslan.
Bolehkah rangkai kata di atas dipanggil ayat? Ya, boleh. Kenapa?

Sebab rangkai kata di atas mempunyai tiga unsur utama yang menjadikan ia ayat yang sah.

Apakah tiga unsur itu? Lihat di bawah:
  1. Subject Subjek: Iaitu unsur yang diperbincangkan. Merujuk kepada ayat di atas, perkataan He Dia adalah Subject.

  2. Predicate Predikat: Iaitu unsur yang membuat kenyataan mengenai subject. Merujuk kepada ayat di atas, rangkai kata punches Ruslan menumbuk Ruslan adalah Predicate.

  3. Object Objek: Iaitu unsur yang ditimpa perbuatan. Merujuk kepada ayat di atas, perkataan Ruslan Ruslan adalah Object.
Dalam tatabahasa Inggeris, ayat yang lengkap wajib mempunyai subject dan predicate.

Ia boleh juga mengandungi object tapi tidak wajib.


Case Hal
Khairul took father's book. Khairul telah mengambil buku ayah.
Apa hal pula dengan ayat di atas ni? Hah, ni susah sikit sebab dalam ayat pun ada hal (atau keadaan).

Dalam tatabahasa Inggeris hal dipanggil case. Apa dia case?


Case adalah hal (atau keadaan) sesuatu perkataan di dalam ayat.

Terdapat tiga case iaitu:
  1. Nominative nominatif: Sesuatu perkataan berada dalam keadaan nominative apabila ia adalah subjek ayat. Merujuk kepada ayat di atas, perkataan Khairul Khairul adalah nominative.

  2. Objective Objektif: Sesuatu perkataan berada dalam keadaan objective apabila ia adalah objek ayat. Merujuk kepada ayat di atas, perkataan book buku adalah objective.

  3. Possessive Kata milik: Sesuatu perkataan berada dalam keadaan possessive apabila ia menggambarkan hal milik atau kepunyaan. Merujuk kepada ayat di atas, perkataan father's ayah adalah possessive. Kenapa? Kerana perkataan father's ayah telah mengubah maksud perkataan book buku untuk menjadikan book buku itu milik father ayah.

Baiklah kita dah bincang serba sedikit mengenai kelaziman perbualan. Susah ke?

Takpe, insyaallah dalam pembelajaran akan datang kita bincang lagi ye.

Yang penting dalam sesi ini kita dah tahu bahawa terdapat perkara-perkara yang tersembunyi dalam setiap perbualan yang kita harus tahu.


Exercise Latihan
He beat her yesterday. Dia telah memukulnya semalam.
Soalan:

Nyatakan perkatan-perkataan kelaziman perbualan yang terdapat dalam ayat di atas.

Jawapan:
Number (singular): He Dia, she nya
Number (plural): -tiada-

Sentence element (subject): He Dia
Sentence element (predicate): beat her yesterday telah memukulnya semalam
Sentence element (object): her nya

Case (nominative): He Dia
Case (objective): her nya
Case (possessive): -tiada-