Isnin, 9 Jun 2014

Cara menggunakan frasa WANT TO

Untuk menyatakan keinginan dalam Bahasa Inggeris anda boleh menggunakan frasa "want to", contohnya "I want to eat. (Saya hendak makan.)". Frasa "want to" boleh juga digunakan untuk pihak kedua dan pihak ketiga seperti berikut:
  1. You want to drink. (Awak hendak minum.)
  2. He wants to bathe. (Dia hendak mandi.)
  3. She wants to pray. (Dia hendak sembahyang.)
  4. It wants to bite. (Ia hendak mengigit.)
  5. We want to come. (Kami hendak datang.)
  6. They want to sleep. (Mereka hendak tidur.)
Perhatikan bahawa untuk he, she dan it anda hendaklah menambah -s dihujung want.

Untuk menjadikannya ayat soalan, ayat-ayat anda hendaklah berbunyi seperti berikut:
  1. Do I want to lie? (Mahukah saya menipu?)
  2. Do you want to go? (Mahukah awak pergi?)
  3. Does he want to sit? (Mahukah dia duduk?)
  4. Does she want to sing? (Mahukah dia bernyanyi?)
  5. Does it want to run? (Mahukah dia lari?)
  6. Do we want to accept? (Mahukah kita menerima?)
  7. Do they want to give? (Mahukah mereka memberi?)
Perhatikan bahawa untuk he, she dan it anda hendaklah menambah -es dihujung do.

Untuk menidakkan ayat anda, gunakan perkataan "not" dalam ayat anda seperti berikut:
  1. I do not want to climb. (Saya tidak mahu panjat.)
  2. You do not want to show. (Awak tidak mahu tunjuk.)
  3. He does not want to jump. (Dia tidak mahu lompat.)
  4. She does not want to crawl. (Dia tidak mahu merangkak.)
  5. It does not want to hide. (Ia tidak mahu menyuruk.)
  6. We do not want to swim. (Kami tidak mahu berenang.)
  7. They do not want to speak. (Mereka tidak mahu bercakap.)
Contoh Perbualan:

Milah: I want to go to the party. Do you want to follow me? (Saya hendak pergi ke majlis itu. Mahukah awak mengikuti saya?)

Johan: Yes, I want to follow you but I can't because my younger sister wants to follow too. (Ya, saya mahu mengikuti awak tetapi saya tidak boleh sebab adik perempuan saya mahu mengikuti juga.)

Milah: Do you want to ask your dad if your younger sister can follow? (Mahukah awak bertanya kepada ayah awak jika adik perempuan awak boleh mengikuti?)

Johan: No, I do not want to ask dad because I do not want to be blamed if something bad happen to my sister later. (Saya tidak mahu bertanya kepada ayah sebab saya tidak mahu dipersalahkan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada adik perempuan saya nanti.)