Rabu, 3 Julai 2013

Sila pegang talian, terima kasih :)

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Please hold on to the call, thank you :)


Perkataan Bahasa Inggeris hold sebagai verb

Sebagai verb, perkataan hold adalah jenis irregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to hold - infinitive
  2. hold - base
  3. held - past simple / past participle
  4. holding - present participle
  5. holds - present simple
Sebagai verb, maksud-maksud perkataan hold adalah:
  1. memegang, pegangkan, dipegang:
    1. The snatcher's victim held her purse in her right hand. - Mangsa peragut itu telah memegang dompetnya dalam tangan kanannya.
    2. The fireman is holding the fire-hose at the fire. - Ahli bomba sedang memegang hos bomba itu ke arah api.
    3. The minister held his position for 15 years. - Menteri itu memegang jawatannya selama 15 tahun.
    4. You are holding too much cash. - Awak memegang terlalu banyak duit.
    5. The rope was held by the parachutist. - Tali itu telah dipegang oleh ahli payung terjun itu.
  2. simpankan: Please hold two tickets for us. - Harap simpankan dua tiket untuk kami.
  3. menampung: 
    1. The old bridge can't hold that much weight. - Jambatan lama itu tidak dapat menampung berat  yang sebanyak itu.
    2. That pillar holds the weight of the structure. - Tiang itu menampung berat struktur itu.
  4. tahan, ditahan, menahan, bertahan:
    1. Please hold the bus! - Harap tahan bus itu!
    2. The suspect was held for questioning. - Orang yang disyaki itu telah ditahan untuk disoal siasat.
    3. You are required to hold your breath. - Awak dikehendaki menahan nafas anda.
    4. Siti held her temper. - Siti telah menahan marah.
    5. Wow, the big chain held! - Wah, rantai besar itu dapat bertahan!
  5. ditentukan, ditakdirkan: Let's see what the future holds. - Marilah kita lihat apa yang ditentukan oleh masa hadapan.
  6. diculik: The little girl was held for ransom. - Kanak-kanak perempuan itu telah diculik untuk tebusan.
  7. mengadakan: 
    1. The opposition party will be holding a demonstration tomorrow. - Parti pembangkang akan mengadakan demonstrasi esok.
    2. We need to hold a meeting tomorrow. - Kita perlu mengadakan suatu mesyuarat esok.
  8. menghakimi, menentukan: The court held that the defendant was guilty. - Mahkamah telah menghakimi bahawa defendan itu bersalah.
  9. mengekalkan, tidak berubah: 
    1. I hope the weather will hold. - Saya harap cuaca tidak akan berubah.
    2. The ship held its course. - Kapal itu mengekalkan haluannya.

Perkataan Bahasa Inggeris hold dalam phrasal verb

  1. hold back bermaksud: 
    1. menyembunyikan: Do not hold back important information. - Jangan menyembunyikan maklumat penting.
    2. mengawal: Police held back the crowd. - Polis telah mengawal orang ramai.
    3. menyimpan: Ahmad held back ten ringgit. - Ahmad telah menyimpan sepuluh ringgit.
  2. hold down bermaksud mengawal: Hold down the noise! - Kawal bunyi bising itu!
  3. hold on bermaksud:
    1. berpaut, berpegang kuat, jangan dilepaskan: Hold on to the branch! - Berpaut pada dahan itu!
    2. bertahan: After I got shot, Sergeant Hassan kept asking me to hold on. - Selepas saya ditembak, Sarjan Hassan berterusan meminta agar saya bertahan.
    3. pegang: Please hold on to the call, thank you. - Sila pegang talian, terima kasih.

Perkataan Bahasa Inggeris hold dalam idiom

  1. get a hold of bermaksud berpaut, pegang kuat, jangan dilepaskan: Get a hold of the railing! - Berpaut pada selusur itu!
  2. on hold bermaksud:
    1. menunggu: The receptionist put me on hold for 10 minutes. - Penyambut tetamu itu telah meletakkan saya menunggu selama 10 minit. (Betul ke Teacher Zack menterjemahkan perkataan put sebagai meletakkan? :)
    2. berhenti sementara: Due to heavy rain, the F1 race had to be put on hold. - Disebabkan hujan lebat, perlumbaan F1 terpaksa dihentikan buat sementara.