Ahad, 21 Julai 2013

Koleksi SMS lucu pecah perut

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Funny cry with laughter SMS collection.


Perkataan Bahasa Inggeris funny sebagai adjective

Sebagai adjective, perkataan funny mempunyai tiga bentuk iaitu:
  1. funny - lucu
  2. funnier - lebih lucu
  3. funniest - paling lucu
Sebagai adjective, funny menyifatkan noun atau pronoun contohnya funny person, funnier joke, funniest sound, he is funny, she is funnier, atau sebagainya. Maksud funny sebagai adjective adalah:
  1. lucu:
    1. Encik Jamaluddin is so funny. - Encik Jamaluddin sungguh lucu.
    2. That is the funniest sound I have ever heard. - Itu adalah suatu bunyi yang paling lucu saya pernah terdengar.
    3. That's not funny. - Itu tidak lucu.
  2. aneh, ganjil, pelik: 
    1. A funny thing happened to me today. - Suatu yang aneh telah berlaku kepada saya hari ini.
    2. Ahmad has a funny attitude towards women. - Ahmad bersikap ganjil terhadap wanita.
  3. tak sedap: 
    1. After eating that cake, my stomach feels funny. - Selepas makan kek itu, perut saya berasa tak sedap.
  4. tak kena: 
    1. There was something funny about those extra charges. - Terdapat sesuatu yang tak kena mengenai caj tambahan itu.
    2. I am certain that there is something funny about that man. - Saya pasti bahawa ada yang tak kena mengenai lelaki itu.
  5. berlawak: 
    1. Did you really mean that or were you just being funny? - Adakah awak benar-benar maksudkan begitu atau adakah awak hanya sedang berlawak?
    2. Were you just being funny about the Funny SMS collection? - Adakah awak hanya sedang berlawak mengenai Koleksi SMS lucu itu?
  6. biadab, kurang ajar: 
    1. Don't get funny with me, young man! - Jangan berlaku biadab terhadap saya, wahai orang muda!
    2. Don't try to be funny! - Jangan nak cuba menjadi kurang ajar!

Bentuk-bentuk perkataan Bahasa Inggeris funny

  1. funnily (adverb) bermaksud:
    1. secara lucu: 
      1. The clown walked funnily towards the stage. - Badut itu telah berjalan secara lucu menuju ke pentas.
      2. Somehow the Head of Directors told the story funnily. - Entah kenapa Ketua Pengarah itu telah menceritakan kisah itu secara lucu.
    2. dengan hairannya - dalam hal ini perkataan funnily lazimnya berada di pangkal ayat dan iikuti dengan perkataan enough - seperti berikut:
      1. Funnily enough, the answers lie in another book. - Dengan hairannya, jawapan-jawapan itu terdapat dalam buku lain.
      2. And funnily enough, she was the one who said, "Let's get married." - Dan dengan hairannya, dialah yang telah berkata, "Jom kita kahwin."
  2. funniness (noun) bermaksud kelucuan:
    1. The performance was filled with entertainment and funniness. - Persembahan itu dipenuhi dengan hiburan dan kelucuan.