Khamis, 4 Julai 2013

Tolong bawa saya bersama

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Please bring me along.


Perkataan Bahasa Inggeris bring sebagai verb

Sebagai verb, perkataan bring adalah jenis irregular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to bring - infinitive
  2. bring - base
  3. brought - past simple / past participle
  4. bringing - present participle
  5. brings - present simple
Sebagai verb, perkataan bring membawa maksud bawa, membawa, dibawa, atau sebagainya, seperti berikut:
  1. to bring: We need to bring the people together. - Kita perlu membawa rakyat bersatu.
  2. bring: Did you bring enough money? - Adakah awak membawa wang yang secukupnya?
  3. brought (past simple): Smoke and flames brought the neighbours. - Asap dan api telah menyedarkan jiran-jiran.
  4. brought (past participle): The corrupted minister was brought to justice. - Menteri yang menerima rasuah itu telah dibawa ke pengadilan.
  5. bringing: Where are you bringing me? - Kemanakah awak sedang membawa saya?
  6. brings: The tyrannical king brings his people to destruction. - Raja yang zalim itu membawa rakyatnya kepada kebinasaan.

Perkataan Bahasa Inggeris bring dalam phrasal verb

  1. bring about bermaksud: 
    1. menyebabkan: The price reduction brought about an increase in sales. - Penurunan harga itu telah menyebabkan kenaikan dalam penjualan.
  2. bring around/round bermaksud:
    1. memujuk: The Sales Executive is trying to bring around the Head Of Department to agree with the new sales stratery. - Eksekutif Jualan sedang cuba memujuk Ketua Bahagian untuk menyetujui strategi jualan baru itu.
    2. menyedarkan: Immediately after Rozifah fainted, the pedestrians tried to bring her around. - Sejurus selepas Rozifah pengsan, pejalan-pejalan kaki telah cuba menyedarkannya.
    3. membawa bersama: The blue team brings around a new player. - Kumpulan biru membawa bersama pemain baru.
  3. bring down bermaksud:
    1. meruntuhkan: The City Hall is trying to bring down that old building. - Dewan Bandaraya sedang cuba meruntuhkan bangunan lama itu.
    2. membunuh, menangkap, menyederakan: Dad went hunting and brought down three ducks. - Ayah telah pergi memburu dan membunuh tiga ekor itik.
    3. menurunkan: Can you bring down your price? - Bolehkah awak menurunkan harga awak?
  4. bring forth bermaksud:
    1. melahirkan: My niece brings forth a son. - Anak saudara saya melahirkan seorang anak lelaki.
    2. memperkenalkan: The Financial Manageress brought forth a new financial proposal. - Pengurus Wanita Kewangan itu memperkenalkan cadangan kewangan baru.
  5. bring forward bermaksud:
    1. membawa kehadapan, menonjolkan: Please don't be shy to bring forward your opinion. - Harap tidak segan untuk membawa kehadapan pandangan anda.