Ahad, 10 Oktober 2010

Ucapan-Ucapan Pada Waktu Pagi, Tengahari, Petang Dan Malam

Dalam catatan ini kita bincang cara-cara memberi ucapan pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.

Ucapan-Ucapan Pada Waktu Pagi

Ucapan Kepada Seseorang Yang Baru Bangun Dari Tidur Pada Waktu Pagi

Apabila seseorang baru bangun dari tidur pada waktu pagi kita ucapkan:

Good morning. Selamat pagi.

Dia membalasnya dengan:
Good morning. Selamat pagi.
Kita boleh juga ucapkan:
Good morning, rise and shine. Selamat pagi, bangun dan ceria.
Dia boleh membalasnya dengan:
Good morning, thank you. Selamat pagi, terima kasih.

Ucapan Bertemu Dengan Orang Lain Pada Waktu Pagi

Apabila bertemu dengan orang lain pada waktu pagi kita beri ucapan:
Good morning. Selamat pagi.
Dia membalasnya dengan:
Good morning. Selamat pagi.

Kita boleh juga ucapkan dengan salah satu dari ucapan-ucapan berikut:
Good morning, you look great. Selamat pagi, awak kelihatan hebat.
Good morning, you look lovely. Selamat pagi, awak kelihatan cantik.

Dia boleh membalasnya dengan salah satu dari ucapan-ucapan berikut:
Good morning, thank you. Selamat pagi, terima kasih.
Good morning, thank you, so do you. Selamat pagi, terima kasih, awak pun begitu.

Selain di atas, kita boleh juga ucapkan dengan salah satu dari ucapan-ucapan berikut:
Good morning, what a lovely day. Selamat pagi, hari yang indah.
Good morning, fine day, isn't it? Selamat pagi, bagus hari ini, kan?

Dia boleh membalasnya dengan salah satu dari ucapan-ucapan berikut:
Good morning, yes indeed. Selamat pagi, ya benar.
Good morning, indeed it is. Selamat pagi, ya benar.

Seterusnya kita boleh juga ucapkan:
Good morning, have you had your breakfast? Selamat pagi, awak sudah sarapan ke?
Dia boleh membalasnya dengan salah satu dari ucapan-ucapan berikut:
Good morning, yes thank you, how about you? Selamat pagi, sudah terima kasih, awak bagaimana pula?
Good morning, no I haven't, thank you, how about you? Selamat pagi, belum lagi, terima kasih, awak bagaimana pula?
Good morning, no I haven't, would you like to join me for breakfast? Selamat pagi, belum lagi, awak hendak sarapan bersama saya?

Ucapan Berpisah Dengan Orang Lain Pada Waktu Pagi

Apabila kita berpisah dengan orang lain pada waktu pagi kita ucapkan:
Have a nice day. Nikmatilah hari yang baik ini.
Dia boleh membalasnya dengan:
So do you. Begitu juga dengan awak.

Kita boleh juga ucapkan:
Goodbye. Selamat tinggal.
Dia boleh membalasnya dengan:
Goodbye. Selamat tinggal.


Ucapan-Ucapan Pada Waktu Tengahari

Ucapan Bertemu Dengan Orang Lain Pada Waktu Tengahari

Apabila bertemu dengan orang lain pada waktu tengahari kita ucapkan:
Good afternoon. Selamat tengahari.
Dia membalasnya dengan:
Good afternoon. Selamat tengahari.

Kita boleh juga ucapkan:
Good afternoon, hot day isn't it? Selamat tengahari, panas hari ini, kan?
Dia boleh membalasnya dengan:
Good afternoon, yes it is. Selamat tengahari, ya benar.

Selain di atas, kita boleh juga ucapkan:
Good afternoon, have you had your lunch? Selamat tengahari, awak sudah makan tengahari?
Dia boleh membalasnya dengan salah satu dari ucapan-ucapan berikut:
Good afternoon, yes I had, thank you, how about you? Selamat tengahari, sudah, terima kasih, awak bagaimana pula?
Good afternoon, no I haven't, thank you, how about you? Selamat tengahari, belum, terima kasih, awak bagaimana pula?
Good afternoon, no I haven't, would you like to have lunch with me? Selamat tengahari, belum, terima kasih, sudikah awak makan tengahari bersama saya?

Ucapan Berpisah Dengan Orang Lain Pada Waktu Tengahari

Apabila kita berpisah dengan orang lain pada waktu tengahari kita ucapkan:
Have a nice day. Nikmatilah hari yang baik ini.
Dia membalasnya dengan:
So do you. Begitu juga dengan awak.

Kita boleh juga ucapkan:
Goodbye. Selamat tinggal.
Dia membalasnya dengan:
Goodbye. Selamat tinggal.

Ucapan-Ucapan Pada Waktu Petang

Ucapan Bertemu Dengan Orang Lain Pada Waktu Petang

Apabila bertemu dengan orang lain pada waktu petang kita ucapkan:
Good evening. Selamat petang.
Dia membalasnya dengan:
Good evening. Selamat petang.

Ucapan Berpisah Dengan Orang Lain Pada Waktu Petang

Apabila berpisah dengan orang lain pada waktu petang kita ucapkan:
Have a nice evening. Semoga petang ini baik untuk awak.
Dia membalasnya dengan:
Thank you, so do you. Terima kasih, begitu juga dengan awak.

Kita boleh juga ucapkan:
See you tomorrow. Jumpa lagi esok.
Dia boleh membalasnya dengan:
See you too. Jumpa awak juga.

Ucapan-Ucapan Pada Waktu Malam

Ucapan Bertemu Dengan Orang Lain Pada Waktu Malam

Apabila bertemu dengan orang lain pada waktu malam kita ucapkan:
Good evening. Selamat malam.
(
Good evening diucapkan apabila bertemu dengan orang lain pada waktu malam dan ia memberi maksud Selamat malam.)
Dia membalasnya dengan:
Good evening. Selamat malam.
(
Good evening diucapkan apabila bertemu dengan orang lain pada waktu malam dan ia memberi maksud Selamat malam.)

Ucapan Berpisah Dengan Orang Lain Pada Waktu Malam

Apabila berpisah dengan orang lain pada waktu malam kita ucapkan:
Good night. Selamat malam.
Dia membalasnya dengan:
Good night. Selamat malam.

Kita boleh juga ucapkan:
Good night, see you tomorrow. Selamat malam, jumpa lagi esok.
Dia boleh membalasnya dengan:
Good night, see you too. Selamat malam, jumpa awak juga.

Ucapan Kepada Seseorang Yang Ingin Masuk Tidur Pada Waktu Malam

Bagi orang yang ingin masuk tidur pada waktu malam kita ucapkan:

Good night. Selamat malam.
Dia membalasnya dengan:
Good night. Selamat malam.

Kita boleh juga ucapkan:
Good night, sweet dreams. Selamat malam, semoga bermimpi indah.
Dia boleh membalasnya dengan:
Good night, so do you. Selamat malam, begitu juga dengan awak.

Selain di atas, kita boleh juga ucapkan:
Good night, sleep tight. Selamat malam, semoga tidur nyenyak.
Dia boleh membalasnya dengan:
Good night, you too. Selamat malam, awak juga.

Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan kepada anda:
Thank you for reading this post and have a nice day. Terima kasih kerana sudi membaca catatan ini dan nikmatilah hari yang baik ini.

Dapatkan ebook Hello, How Are You karya Teacher Zack untuk berbagai lagi ucapan-ucapan seperti berikut:
  1. Ucapan-ucapan berjabat tangan serta cara berjabat tangan.
  2. Ucapan-ucapan semasa berkenalan.
  3. Ucapan-ucapan pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.
  4. Ucapan-ucapan khas termasuk takziah, orang sakit dan Merry Christmas.
  5. Pemula-pemula perbualan semasa memberi ucapan-ucapan di atas.