Ahad, 21 September 2014

Cara menggambarkan kebolehan dalam ayat Bahasa Inggeris

Menggambarkan kebolehan dengan perkataan CAN

Untuk menggambarkan kebolehan dalam ayat Bahasa Inggeris, anda boleh menggunakan perkataan can, contohnya:
  • I can dance. (Saya boleh menari.)
  • I know he can carry this table. (Saya tahu dia boleh mengangkat meja ini.)
Perhatikan bahawa ayat-ayat di atas adalah ayat penyata sebab perkataan can berada di pertengahan ayat. Jika can berada di pangkal ayat maka ayat itu adalah ayat soalan, contohnya:
  • Can you sing? (Bolehkah awak menyanyi?)
  • Can they save him? (Bolehkah mereka menyelamatkan dia?)
Seterusnya, jika can berada di hujung ayat maka ayat itu adalah ayat jawapan, contohnya:
  • Yes, I can. (Ya, saya boleh.)
  • Of course, he can. (Sudah tentu, dia boleh.)
Untuk menjadikan ayat negatif, anda boleh menggunakan perkataan cannot atau can't, contohnya:
  1. AYAT PENYATA: I cannot/can't drive. (Saya tidak boleh memandu.)
  2. AYAT SOALAN: Can't we win? (Tidak bolehkah kita menang?)
  3. AYAT JAWAPAN: No, he cannot/can't. (Tidak, dia tidak boleh.)
Perhatikan dalam ayat 2 bahawa anda hanya boleh menggunakan perkataan can't untuk ayat soalan. Anda tidak boleh menggunakan perkataan cannot untuk ayat soalan. Walau bagaimana pun, anda boleh menggunakan combinasi can..not, contohnya:
  • Can they not return? (Tidakkah mereka boleh kembali?)
  • Can he not pray? (Tidakkah dia boleh bersembahyang?)

Menggambarkan kebolehan dengan perkataan ABLE

Selain perkataan can, anda boleh menggunakan perkataan able untuk menggambarkan kebolehan dalam ayat Bahasa Inggeris. Walau bagaimana pun, perkataan can memberi maksud boleh manakala perkataan able memberi maksud mempunyai kebolehan. Perhatikan dalam contoh-contoh di bawah bahawa perkataan able diiringi perkataan to, iaitu able to, contohnya:
  • He is able to swim. (Dia mempunyai kebolehan untuk berenang.)
  • Teacher Zack is able to teach English. (Teacher Zack mempunyai kebolehan untuk mengajar Bahasa Inggeris.) - agaknya la tu..
Tidak seperti perkataan can yang mesti berada dipangkal ayat dalam ayat soalan, perkataan able berada di pertengahan ayat dalam ayat soalan, contohnya:
  • Is he able to swim? (Adakah dia mempunyai kebolehan untuk berenang?)
  • Is Teacher Zack able to teach English? (Adakah Teacher Zack mempunyai kebolehan untuk mengajar Bahasa Inggeris?)
Seterusnya, tidak seperti perkataan can yang berada dihujung ayat dalam ayat jawapan, perkataan able berada dipertengahan ayat dalam ayat jawapan, contohnya:
  • Yes, she is able to climb the hill. (Ya, dia mempunyai kebolehan untuk memanjat bukit itu.)
  • Sure, I am able to drive that lorry. (Sudah tentu, saya mempunyai kebolehan untuk memandu lori itu.)
Untuk menjadikan ayat negatif, anda boleh menggunakan perkataan not able atau unable serta diringi perkataan to, contohnya:
  1. AYAT PENYATA: Azizah is not able/unable to act. (Azizah tidak mempunyai kebolehan untuk berlakon.)
  2. AYAT SOALAN: Are they not able/unable to type? (Adakah mereka tidak mempunyai kebolehan untuk menaip?)
  3. AYAT JAWAPAN: No, he is not able/unable to stand. (Tidak, dia tidak mempunyai kebolehan untuk berdiri.)