Selasa, 30 Julai 2013

Menjana pendapatan sampingan online dalam masa 24 jam

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Generating side income online in 24 hours.


Perkataan Bahasa Inggeris side sebagai noun

Plural untuk perkataan side adalah sides. Contoh penggunaan side sebagai noun adalah a side, front side, all sides, his side, side of the road, atau sebagainya. Maksud side sebagai noun adalah:
  1. permukaan: 
    1. Terdapat label pada setiap permukaan kotak itu. - There is a label on each side of the box.
  2. sebelah: 
    1. Saya sedang berdiri di sebelah meja. - I am standing at the side of the table.
    2. Siti duduk di sebelah ayah. - Siti sat at father's side.
    3. Kami di sebelah kiri. - We were at the left side.
    4. Kereta kami berada di sebelah sana. - Our car is on the other side.
    5. Ini makcik saya sebelah ibu. - This is my aunt on my mother's side.
  3. ke kanan ke kiri:
    1. Ani berkalih ke kanan ke kiri di hadapan cermin. - Ani turn from side to side in front of the mirror.

Perkataan Bahasa Inggeris side sebagai adjective

Contoh penggunaan side sebagai adjective adalah side door, side view, side effect, side benefit, side issue, atau sebagainya. Maksud side sebagai adjective adalah:
  1. tepi:
    1. Pintu tepi kereta saya terkunci. - The side door of my car was locked.
    2. Ini adalah pandangan tepi rumah saya. - This is the side view of my house.
  2. sampingan:
    1. Walaupun ia hanya masalah sampingan, ia perlu diatasi. - Although it is just a side issue, it needs to be attended to.
    2. Bintik-bintik ini adalah kesan sampingan ubat itu. - These spots are a side effect of that medication.
    3. Ramai yang sudah menjana pendapatan sampingan online, bagaimana pula dengan anda? - Many have already generated side income online, what about you?

Perkataan Bahasa Inggeris side sebagai verb

Sebagai verb, perkataan side adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to side - infinitive
  2. side - base
  3. sided - past simple / past participle
  4. siding - present participle
  5. sides present simple
Maksud side sebagai verb dalam Bahasa Inggeris adalah:
  1. menyebelahi, sebelahi: 
    1. Ibu selalu menyebelahi Harun. - Mum always sides Harun.
    2. Adakah awak menyebelahi dia kerana dia adalah anak perempuan awak? - Are you siding her because she is your daughter?
    3. Meja itu disebelahi dua kerusi. - The table is sided by two chairs.