Jumaat, 12 Julai 2013

Anda sedang ditahan!

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: You are under arrest!


Perkataan Bahasa Inggeris under sebagai preposition
Sebagai prepostion, perkataan under memberi petunjuk kepada noun atau pronoun, contohnya under me, under a table, under this, under his house, atau sebagainya. Maksud-maksud perkataan under sebagai preposition adalah:
  1. di bawah:
    1. Why are you hiding under the table? - Kenapakah awak sedang menyuruk di bawah meja?
    2. The villain registered his name under a false name. - Penjahat itu telah mendaftarkan namanya di bawah nama palsu.
    3. The maximum capacity of this bottle is under 2 litres. - Muatan maxima botol ini adalah di bawah 2 liter.
    4. You are under voting age. - Awak di bawah umur pengundian.
    5. There are three salesman working under me. - Terdapat tiga jurujual yang bekerja di bawah saya.
    6. That child must always be under parental guide. - Kanak-kanak itu mesti sentiasa berada di bawah bimbingan ibubapa.
  2. dalam, di:
    1. That popular singer is under contract with Purnama Recording Company. - Penyanyi terkenal itu berada dalam perjanjian dengan Syarikat Rakaman Purnama.
    2. Encik Ramli, please be aware that you are under oath in this courtroom. - Encik Ramli, sila menyedari bahawa anda sedang berada dalam keadaan bersumpah di mahkamah ini.
    3. The matter is under discussion. - Hal itu sedang dalam perbincangan.
    4. Under these conditions, you cannot leave your house. - Dalam syarat-syarat ini, anda tidak dibenarkan keluar dari rumah.
    5. Your father is under intensive care. - Ayah awak berada dalam rawatan rapi.
    6. You are under arrest! - Anda sedang ditahan!
Perkataan Bahasa Inggeris under sebagai adverb
Sebagai adverb, perkataan under memberi keterangan kepada verb, adjective atau adverb lain, contohnya go under, slipped under, hide under, walk under, atau sebagainya. Sebagai adverb, perkataan under memberi maksud di bawah atau ke bawah, seperti berikut:
  1. Jump over the fence, not crawl under. - Lompat di atas pagar, bukan merangkak di bawah.
  2. I am selling this car for RM40,000 and under. - Saya menjual kereta ini sebanyak RM40,000 ke bawah.
  3. The swimmer struggled in the water but then slipped under. - Perenang itu betungkus lumus di dalam air tetapi kemudiannnya tenggelam ke bawah.
Perkataan Bahasa Inggeris under sebagai adjective
Sebagai adjective, perkataan under menyifatkan noun atau pronoun, contohnya under parts, under side, under dose, atau sebagainya. Maksud-maksud perkataan under sebagai adjective adalah:
  1. bawah:
    1. The under parts of the machine is too dirty. - Bahagian bawah mesin itu terlalu kotor.
    2. Don't forget to clean the under side of the carpet. - Jangan lupa membersihkan bahagian bawah permaidani itu.
  2. berkurangan, tidak mencukupi: He was given an under dose of the medication. - Dia telah diberi dos berkurangan ubat itu.