Jumaat, 26 Julai 2013

Walaupun hatiku kau lukai, namun kau ku cintai

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Though my heart you broke, nevertherless you I love.


Perkataan Bahasa Inggeris though sebagai conjunction

Sebagai conjunction perkataan though adalah jenis surbodinating conjunction. Maksud though sebagai conjunction adalah:
  1. walaupun:
    1. Bilik saya selesa walaupun kecil. - My room is comfortable though small.
      Walaupun kecil, bilik saya selesa. - Though small, my room is comfortable.
    2. Dia tidak datang walaupun saya telah menunggu. - He didn't come though I waited.
      Walaupun saya telah menunggu, dia tidak datang. - Though I waited, he didn't come.
    3. Pak Leman kuat walaupun sudah tua. - Pak Leman is strong though old.
      Walaupun sudah tua, Pak Leman kuat. - Though old, Pak Leman is strong. 

Perkataan Bahasa Inggeris though sebagai adverb

Sebagai adverb, perkataan though lazimnya berada dihujung ayat dan ia memberi keterangan kepada verb, adjective atau adverb lain. Maksud though sebagai adverb dalam Bahasa Inggeris adalah:
  1. walaupun begitu: 
    1. Fadilah tidak pandai menari. Walaupun begitu, dia pandai menyanyi. - Fadilah can't dance. She sings well, though.
    2. Saya sukakan Johan. Walaupun begitu, dia sering menyakiti saya. - I like Johan. He often hurts me, though.
    3. Saya telah mencuri duit itu. Walaupun begitu, saya berharap yang saya tidak melakukannya. - I stole the money. I wish I hadn't done it, though.

Perkataan Bahasa Inggeris though dalam idiom

  1. as though bermaksud seolah-olahnya
    1. Ia kelihatan seolah-olahnya ia akan hujan. - It looks as though it is going to rain.
    2. Saya rasa seolah-olahnya saya sedang berjalan di atas air. - I feel as though I am walking on water.
    3. Awak kelihatan seolah-olahnya awak ternampak hantu. - You look as though you've seen a ghost.