Ahad, 14 Julai 2013

5 rahsia untuk bilik istirehat yang indah.

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: 5 secrets to a beautiful living room.


Perkataan Bahasa Inggeris room sebagai noun
Plural untuk perkataan room adalah rooms. Maksud-maksud perkataan room sebagai noun adalah:
  1. bilik:
    1. The front room is empty. - Bilik depan kosong.
    2. Please move to the next room. - Sila berpindah ke bilik sebelah.
    3. This is our dining room. - Ini bilik makan kami.
  2. tempat:
    1. Is there room for me in the car? - Adakah tempat untuk saya di dalam kereta itu?
    2. This cupboard takes up too much room. - Almari ini mengambil terlalu banyak tempat.
  3. ruang:
    1. I like your work but there is room for improvement. - Saya suka kerja awak tetapi masih ada ruang untuk membaikinya.
    2. There is no room for error. - Tiada ruang untuk kesilapan.
  4. orang-orang yang hadir:
    1. The whole room laughed. - Semua orang-orang yang hadir telah ketawa.
    2. The whole room stood up. - Semua orang-orang yang hadir telah berdiri.
Perkataan Bahasa Inggeris room sebagai verb
Sebagai verb, perkataan room adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to room - infinitive
  2. room - base
  3. roomed - past simple / past participle
  4. rooming - present participle
  5. rooms - present simple
Maksud-maksud perkataan room sebagai verb dalam Bahasa Inggeris adalah:
  1. berkongsi bilik: Karina, would you like to room with Nur? - Karina, mahukah awak berkongsi bilik dengan Nur?
  2. tinggal: We will room at Plaza Hotel for two nights. - Kami akan tinggal di Plaza Hotel selama dua malam.
  3. menyewa bilik: Yes, Hassan is rooming with me. - Ya, Hassan menyewa bilik dengan saya.
Perkataan-perkataan lazim Bahasa Inggeris yang berkaitan dengan perkataan room
Di bawah adalah perkataan-perkataan lazim yang berkaitan dengan perkataan room. Semua perkataan-perkataan di bawah adalah jenis compound noun (kata nama majmuk).
  1. bedroom - bilik tidur
  2. master bedroom - bilik (tidur) utama
  3. living room - bilik duduk (atau bilik istirehat)
  4. dining room (atau dining-room) - bilik makan
  5. guest room - bilik tetamu
  6. room mate - teman sebilik
  7. smoking room - bilik merokok
  8. engine room - bilik enjin
  9. room temperature - suhu bilik
  10. room service - servis bilik
  11. conference room - bilik mesyuarat
  12. courtroom - bilik mahkamah
  13. control room - bilik kawalan