Selasa, 23 Julai 2013

Mari belajar psikologi bercinta

Terjemahan tajuk dalam Bahasa Inggeris: Let's study psychology of love.


Perkataan Bahasa Inggeris study sebagai noun

Plural (majmuk) untuk perkataan study adalah studies. Maksud perkataan study sebagai noun adalah:
  1. kajian: 
    1. A study was made about the psychology of love. - Suatu kajian telah dibuat mengenai psikologi bercinta.
    2. Scientist are making a study on human cloning. - Ahli-ahli sains sedang membuat kajian mengenai pengklonan manusia.
  2. pelajaran: 
    1. The study of astronomy is fascinating. - Pelajaran astronomi sungguh mempersonakan.
    2. Do you intend to pursue your studies after graduating from college? - Adakah anda bercadang untuk melanjutkan pelajaran anda setelah menjadi siswazah kolej?
  3. pembelajaran: 
    1. Do not disturb because the students are in deep study. - Jangan ganggu sebab murid-murid sedang berada dalam pembelajaran yang amat.
    2. Nur fainted after long hours of study without breaks. - Nur telah pengsan setelah berjam-jam dalam pembelajaran tanpa rehat.

Perkataan Bahasa Inggeris study sebagai verb

Sebagai verb, perkataan study adalah jenis regular verb yang mempunyai lima bentuk iaitu:
  1. to study - infinitive
  2. study - base
  3. studied - past simple / past participle
  4. studying - present participle
  5. studies - present simple
Maksud perkataan study sebagai verb dalam Bahasa Inggeris adalah:
  1. belajar: 
    1. I studied piano under my father. - Saya telah belajar bermain piano di bawah bimbingan ayah saya.
    2. Let's study tajwid with Ustaz Don. - Mari belajar tajwid bersama Ustaz Don.
    3. I hate studying (atau I hate to study). - Saya benci belajar.
  2. kajian, menyelidik: 
    1. Dr. Muzafis wants to study the sun. - Dr. Muzafis ingin mengkaji matahari.
    2. Puan Jamiah studies animals in their natural habitat. - Puan Jamiah mengkaji haiwan dalam habitat semula jadinya.
  3. meneliti:
    1. The Manager studied the contract before signing it. - Pengurus telah meneliti kontrak itu sebelum menandatanganinya.
    2. Before ordering, the customer studied the menu. - Sebelum membuat pesanan, pelanggan telah meneliti menu itu.

Bentuk-bentuk perkataan Bahasa Inggeris yang berkaitan dengan perkataan study

  1. studiable (adjective) bermaksud boleh dipelajari
    1. Even the unseen like the heavens is studiable via the Quran. - Sedangkan perkara yang tidak dapat dilihat seperti syurga boleh dipelajari melalui Al-Quran.
  2. studier (noun) bermaksud pembelajar: 
    1. Khairul is not a good studier so he avoids reading books. - Khairul bukan seorang pembelajar yang baik maka dia mengelakkan diri dari membaca buku.

Perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang berkaitan dengan perkataan study

Compound noun (kata nama majmuk):
  1. study hall - dewan kajian
  2. motion study - kajian pergerakan
  3. study group - kumpulan pengkaji
Noun phrase (frasa noun):
  1. study method - kaedah kajian
  2. study area - kawasan kajian
  3. production study - kajian pengeluaran
  4. study skills - kemahiran belajar